Motivasi

Taat Kepada Pemerintah

Sudah sewajarnya bagi setiap Muslim mengetahui dan memahami cara bermuamalah dengan  penguasa (pemerintah). Berdasarkan kepada panduan...

08 Apr 2011 | 0 comments | Read more

Gagal VS Jaya

Manusia dijadikan dengan fitrah yang menginginkan keamanan dan kesejahteraan didalam hidup. Tetapi Allah tidak mengurniakan semua manusia ...

19 Jan 2011 | 0 comments | Read more

Adab Yang Terkubur

Makin diselimuti harta, kuasa dan pencapaian akademik yang tinggi, semakin bongkak seseorang itu boleh jadi. Bongkak sehingga tetamu pun ti...

09 Jan 2011 | 0 comments | Read more

Amalan Yang Dilupakan

Amalan yang disebutkan di dalam tajuk post ini ialah MENANG-MENANG. Di dalam organisasi, pelbagai panduan dari kitab motivasi dan psikolog...

09 Jan 2011 | 0 comments | Read more
Agama

Konsep Perayaan Dari Perspektif Islam

1) SEJARAH PERAYAAN DALAM ISLAM Perayaan AidilFitri dan AidilAdha dianugerahkan oleh ALlah sewaktu umat manusia telah berhijrah ke Madi...

25 Aug 2011 | 0 comments| Read more

Kenali Aidilfitri

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh ...

25 Aug 2011 | 0 comments| Read more

Renungan Akhir Ramadhan

Oleh: Abdullah Saleh Hadrami Allah ?subahanahu wa ta?ala memuji orang-orang yang melakukan ketaatan kepadaNya dalam fir...

25 Aug 2011 | 0 comments| Read more

Harga "Terima Kasih" Semakin Mahal...?

Mutakhir ini, nilai berterima kasih telah jauh terhakis dari dalam diri masyarakat. Terlalu sukar atau paya mahalkah untuk m...

08 Apr 2011 | 0 comments| Read more

Diari Pak Ngah

  • 23 Sep 2010 Ceramah Oktober 2010
  • 17 Sep 2010 Ceramah September 2010
Pendidikan

Siswa Berpolitik : Satu Pandangan

Rasanya isu ini telah lama muncul.  Sejak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diwujudkan ketika era mantan perdana menteri Tu...

19 Jan 2011 | 0 comments| Read more

Antara Pemimpin dan Pengurus Sekolah

Jika dibuat analogi (tamsilan) tentang industri pengangkutan kereta api, seseorang pemimpin membina konsep kereta api, mengenal pasti pasa...

16 Oct 2010 | 0 comments| Read more

Kebobrokan Disiplin Murid

PENGENALAN “ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “ Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial ”, “ Buli gugat semangat bel...

16 Oct 2010 | 0 comments| Read more

Pendidikan Seks dari Perspektif Islam

DA empat perspektif Islam mengenai konsep pendidikan seks. -Dilihat secara menyeluruh kerana pelaksanaannya mahukan sebuah sistem kehidupan...

19 Sep 2010 | 0 comments| Read more
Keibubapaan

Adab Yang Terkubur

Makin diselimuti harta, kuasa dan pencapaian akademik yang tinggi, semakin bongkak seseorang itu boleh jadi. Bongkak sehingga tetamu pun ti...

09 Jan 2011 | 0 comments| Read more

Amalan Yang Dilupakan

Amalan yang disebutkan di dalam tajuk post ini ialah MENANG-MENANG. Di dalam organisasi, pelbagai panduan dari kitab motivasi dan psikolog...

09 Jan 2011 | 0 comments| Read more
Fotografi

Lensa merupakan bahagian utama kamera yang terdiri daripada susunan elemen optik yang berfungsi untuk menangkap gambar di hadapan kamera s...

25 Jan 2015 | Read more
Cinta

Doa Mencari Jodoh

 doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’. Wallhu a'la...

27 Sep 2010 | Read more
Teknik Belajar

Kemahiran Mengingat

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uan...

19 Sep 2010 | Read more
Info

Hilang Telefon Bimbit...?

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lag...

24 Apr 2011 | Read more
Bahasa

Bahasa

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Beberapa sarjana bahasa telah memberikan hujah masing-masing dalam mendefinisikan bahasa.  Antaranya Sa...

18 Sep 2010 | Read more
Renungan

Kebangkitan Rakyat Mesir : Saat Sekutu Israel Dijatuhkan Allah

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Can...

02 Feb 2011 | Read more
Tinta Pak Ngah

Menelusuri Sirah Insan Kamil - Nukilan : Pak Ngah 1432H

Menelusuri tawarikh 12 RabiulawalTika maulid dirimu kekasih RabbiMuhammad Ibni AbdillahHingga terpadam nyalaan sembahan MajusiRetaknya tian...

18 Feb 2011 | Read more
Video

Kalendar Hijrah

TERKINI

Taat Kepada Pemerintah

Sudah sewajarnya bagi setiap Muslim mengetahui dan memahami cara bermuamalah dengan  penguasa (pemerintah). Berdasarkan kepada panduan agama, para ulama telah bersepakat akan kewajipan taat kepada penguasa yang ada, baik bagi seorang imam (pemimpin) yang berkuasa terhadap seluruh negeri bagi kaum Muslimin atau ramai pemimpin yang menguasai negeri-negeri tertentu.

Dalam konteks sesebuah negara yang stabil, maka setiap orang yang berada di bawah kekuasaannya adalah wajib meyakini bahawa  penguasa (pemerintah) berhak dibai’at oleh mereka. Ini merupakan kewajipan syariat. Orang yang tidak meyakini kewajipan bai’at kepada penguasa di negerinya yang menjadi kewajipannya ia terancam dengan ancaman yang keras. Berhubung perkara ini Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa melepaskan ketaatan (daripada penguasa), nescaya akan menemui Allah tanpa memiliki hujah (alasan). Dan barangsiapa meninggal tanpa ikatan bai’at, maka kematiannya (seperti) kematian jahiliah.” (Riwayat Muslim)

Dan harus diingatkan bahawa bai’at kepada penguasa bukan seperti kalung yang boleh diletakkan dan ditanggalkan sesuka hati; jika ia suka dipakainya, dan apabila tidak suka ditanggalkannya. Tetapi kewajipan bai’at tetap berlaku selagi kekuasaan penguasa masih ada atau bertapak di negeri tersebut. Seseorang Muslim tidak boleh menarik diri daripada bai’at ini.

Dasar kedua yang perlu dipatuhi terhadap pemerintah ialah mengenai bagaimana cara pendekatan yang harus diambil dalam menasihati pemerintah kerana mereka adalah manusia yang berhak menerima penghormatan daripada seluruh rakyat jelata. Islam menyaran umatnya menjauhi sikap khuruj (memberontak, penderhakaan atau lain-lain cara penentangan yang salah). Adanya kesalahan pada diri peminpin, bukan pula bermakna kita boleh memijak kehormatan mereka. Kita disyariatkan untuk menasihat dan menjelaskan kesalahan mereka dengan cara-cara yang betul, sejajar dengan situasi  yang dibenarkan oleh agama. Perbuatan menegur dengan cara penderhakaan atau caci maki  akan menimbulkan rasa benci dan marah di kalangan rakyat yang cintakan keamanan. Teguran yang membina terhadap pemerintah adalah teguran dan nasihat  yang ikhlas, bukan perasaan hasad dengki atau berbentuk meruntuhkan segala apa yang ada di hadapannya tanpa mengira buruk baiknya atau untung ruginya .

Oleh kerana pemerintah tidak selalunya benar dan tidak mencapai darjat maksum, maka mereka yang ingin menasihatinya atau memperbetulkan kesilapannya perlulah mengikut mekanisme yang dibenarkan oleh syariat. Ini sesuai dengan panduan Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t meredai untuk kamu tiga perkara, antaranya kamu menasihati mereka yang diangkat untuk menjaga urusan kamu.” (Riwayat Ahmad)

Sesunguhnya Allah s.w.t meredai di kalangan hamba-Nya yang dapat menasihati pemimpin supaya bersikap jujur dan perlulah bermuamalah dengan menjelaskan mana-mana kesalahannya melalui cara yang dibenarkan oleh syariat. Berhubung perkara ini, Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan umat baginda mengenai tiga perkara penting yang hati orang mukmin tidak sanggup  untuk  berlaku curang apabila melakukannya. Pertama, ikhlas beramal kepada Allah s.w.t. Kedua, dalam menasihati pemerintah, dan ketiga, dalam kesetiaan terhadap jemaah.

Tiga hal ini sepatutnya menjadi panduan bagi mukmin agar tidak mengkhianatinya, iaitu dalam melakukan ibadat dan semua urusan terutamanya  semata-mata hanya kerana Allah s.w.t. Perkara ini penting untuk dipraktikkan  ketika ingin menasihati pemerintah dan hendaklah diasaskan di atas rasa kasih sayang, ikhlas dan demi memperoleh keredaan-Nya semata-mata, bukan kerana sebarang kepentingan yang lain. Di atas keikhlasan itulah menyebabkannya mukmin seharusnya tidak sanggup keluar daripada ikatan taat setia kepada pemerintah,  malah sentiasa mendekati bersama kumpulan jemaah pemerintah (ulil amri) tersebut. Berhubung perkara menasihati pemerintah ini, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa ingin menasihati  sultan (pemerintah) dengan sebarang urusan, janganlah menampilkan kepadanya secara terang-terangan. Tetapi hendaklah memegang tangannya, lalu dibawa ke suatu tempat yang tersembunyi (pada masa itu bolehlah dia menasihatinya secara berseorangan dan jika nasihatnya diterima, maka itulah yang sebaik-baiknya dan kalau tidak, maka dia sudah pun menunaikan  tanggungjawabnya sendiri.” (Riwayat Tarmizi)

Daripada hadis tersebut dapatlah difahami bahawa sesiapa yang ingin menasihati sultan (raja) atau pemerintah, tidak harus secara terbuka atau di hadapan umum secara terang-terangan atau di atas pentas di tengah-tengah perhimpunan umum. Demikianlah ajaran yang dipesan oleh Rasulullah  s.a.w. Bagaimanapun, ramai yang lupa kerana keghairahan ingin menonjolkan sebagai jaguh masyarakat di samping bertujuan  menarik perhatian ramai supaya disanjung atau dipilih sebagai ketua.          

Prinsip ketiga ialah kita harus mendengar dan taat kepada penguasa pada perkara yang bukan maksiat kepada Allah. Tidak ada kebaikan bagi masyarakat kecuali dengan jemaah. Dan urusan jemaah tidak akan berjalan lancar melainkan dengan adanya ‘imamah’ (kepimpinan). Dan tidak akan lurus atau bergerak lancar sesuatu kepimpinan kecuali dengan ketaatan. Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w menegaskan dalam suatu hadis yang bermaksud: ”Barangsiapa taat kepadaku, sungguhlah ia taat kepada Allah. Barangsiapa bermaksiat (melakukan kesalahan dari sisi agama) kepadaku, sungguhlah ia telah bermaksiat kepada Allah. Barangsiapa taat kepada Amir (penguasa), sungguhlah ia taat kepadaku. Dan barangsiapa yang bermaksiat kepada Amir, sungguhlah ia bermaksiat kepadaku.” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w pernah ditanya, apakah harus kita memerangi mereka (pemerintah) yang melakukan perkara yang tidak disenangi oleh rakyat dengan pedang atau mengunakan sebarang kekerasan. Nabi s.a.w menjawab menerusi sabda baginda yang bermaksud: ”Tidak, selama ia menegakkan (menunaikan) solat dengan kamu. Ketahuilah, orang yang dikuasai oleh seorang penguasa, dan melihatnya mengerjakan maksiat kepada Allah, hendaknya ia membenci maksiat kepada Allah yang dilakukannya itu dan tetap tidak melepaskan ketaatan kepadanya.” (Riwayat Muslim)

Meskipun apa yang diperintah atau dilaksanakan oleh umarak tidak menyenangkan hati kita, kita tidak sepatutnya menentang atau tidak mahu menerimanya selagi apa yang diperintah dan dilaksanakan itu tidak bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah. Ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi sabda baginda yang bermaksud: “Seseorang Muslim wajib memperkenankan (menerima) dan taat berkaitan apa sahaja (yang diperintahkan oleh ulil amri), suka atau tidak suka. Tetapi apabila ia (orang Muslim) diperintahkan berbuat maksiat, maka ketika itu tidak boleh diperkenankan (diterima), tidak juga taat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perhatikan bagaimana perseimbangan yang indah ini jika berlaku kepincangan di mana-mana, tentu kita tidak menyukainya kerana Allah tidak memerintah dengan perkara fahsya dan juga mungkar dan tetap menegaskan kepadanya bahawa perkara tersebut adalah tetap dilarang keras dalam agama dan perlu dijauhi dan ditinggalkan tanpa sebarang kompromi lagi. Ia bermakna, perlu dipisahkan antara amalan jahat pemerintah dan  perbuatannya,  barulah tindakan kita akan seimbang dan adil serta ada batasannya. Tidaklah sampai rakyat akan membenci dan memusuhi pemerintah. Dan prinsip yang keempat ialah kita tidak harus sewenang-wenangnya ‘mengkafirkan’ penguasa Muslim. Takfir merupakan hak Allah, tidak boleh dilontarkan begitu sahaja atau sewenang-wenangnya kepada orang tertentu kecuali kepada orang yang berhak dikafirkan dengan bersandarkan syariat.

Oleh hal yang demikian itu, adalah menjadi hak kita untuk mentaati umarak (pemerintah). Meskipun terdapat kecacatan atau kesalahan yang dilakukan oleh mereka, namun kita tidak harus menghukumnya dengan cara penderhakaan yang ditegah oleh syariat Islam. Adalah penting bagi kita untuk memahami cara bermuamalah dengan umara bagi meluruskan sesuatu perkara atau keadaan yang telah bengkok akibat perbuatan atau tindakannya. Mempraktikkan sikap khuruj bukanlah jalan penyelesaian yang bijak dan adil.

Get this widget

Posted by Tuan Tanah Blog on 3:51 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Taat Kepada Pemerintah�

Post a Comment

Recent Entries

free counters

Photo Gallery