Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:
1. HAFAL isi yang dibaca
• Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
• Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”
2. Isi DISUSUN dengan betul
• Sebutkan isi yang kamu hafal
• Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.
3. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT
• Pastikan turutan isi betul
• Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
• Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.
4. UJI kemampuan daya ingatan
• Di sini kamu perlu memainkan dua watak
i- Penyoal
ii- Penjawab
• Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab
• Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.
5. Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin
• Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
• Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan
6. Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.
• Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:
a- Sebelum tidur
b- Selepas tidur
• Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.
7. Menggunakan Kaedah AKROSTIK
• Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat.
• Contoh: Jenis Kata:
Kata ->
| Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan, Tugas, Sandang |
|
| Nana Kejar Ayam Keliling Taman Sana |
8. Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN
• Gantikan fakta kepada bentuk cerita
• Contoh: Kelas Makanan
Lemak, Vitamin, Pelawas, Air, Garam Mineral, Protein, Karbohidrat |
|
| Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral dalam Tin Karat |
9. Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR
• Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.
• Contoh:
10. Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA
• Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
• Pilih lagu yang paling kamu gemari.
• Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.
11. Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR.
• Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.
• Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.
12. Menggunakan KAEDAH AKRONIM.
• Menggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.
• Contoh: Pengelasan Haiwan
| Reptila, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia |
| RIMBA |
Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu asas kemahiran-kemahiran berikut:
1. Kemahiran MENDENGAR
• Digunakan semasa proses pembelajaran
• Boleh dilakukan serentak
• Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.
2. Kemahiran MEMBACA LAJU.
• Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
• Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
• Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.
3. Kemahiran MENULIS
• Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
• Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
• Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.
4. Catatkan KATA KUNCI sahaja.
• Memilih isi-isi penting sahaja.
• Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
• Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.
5. NOTA RINGKAS dan padat
• Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
• Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
• Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.
6. Gunakan PERKATAAN sendiri
• Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
• Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
• Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.
7. Faham setiap KATA KUNCI
• Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
• Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.
Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:
1. Membaca secara BERHATI-HATI
• Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
• Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
• Elakkan gangguan radio dan televisyen
2. Membaca secara MENYELURUH
• Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
• Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
• Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.
3. Membaca secara BERULANG-ULANG
• Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
• Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
• Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.
4. Membaca dalam SUASANA yang SELESA
• Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
• Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
• Udara sekitar mestilah mencukupi
• Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.
5. Berasa dalam KEADAAN selesa
• Duduk dengan betul
• Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
• Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.
6. Baca secara BERPERINGKAT
• Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
• Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.
7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca
• Gunakan kaedah 1 husband 6 wives
• Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.
8. CATATKAN isi yang dibaca
• Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
•
Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?”
9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
• Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
• Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
• Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
• Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
• Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.
Ingatan kamu menjadi lebih tajam.
Pernahkah kita membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di dalam ingatan? Pernahkah kita merasa kecewa atas segala usaha yang kita telah laksanakan tersebut?.
Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah tidak sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah dalam belajar adalah kita mempalajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang berkesan untuk mendapat ingatan yang maksimum. Mengingat merupakan satu perkara yang boleh dipelajari. Apabila sesuatu perkar ayang kita baca tetapi tidak boleh kita ingati, ia akan mnjadi hanya proses ingatan jangka pendek. Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita cuba mangingat. apabila kawan bertanya kita, selalunya ada perkara yang kita boleh ingat dan sebahagiannya kita terlupa.
Contoh yang kedua pula misalnya nombor kad pengenalan yang kita ingat. Nombor kad pengenalan yang kita ingati iitu adalah proses ingaan jangka panjang. Contoh proses ingatan jangka panjang yang lain adalah seperti
nombor telefon rumah sendiri, nonbor telefon rumah teman rapat, warna kereta dan sebagainya. Ingatan jangka pendek akan mudah lupus dari ingatan kita. Justeru ingatan menjadi perkara penting, lebih-lebih lagi apabila mahu menghadapi peperiksaan. Maka satu kaedah mengingat yang sistematik amat diperlukan.
Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting. Oleh yang demikian terdapat pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan. Sebagai pelajar, setelah kita mempunyai motivasi yang tinggi, kita juga mesti mempunyai kemahiran pembelajaran yang berkesan.
Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai kesungguhan yang tinggi tetapi apabila keputusan yang diumumkan, mereka tidak mencapai keputusan yang cemerlang. Sebenarnya disamping motivasi yang tinggi kemahiran belajar yang berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiran ini sebagai contohnya
termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambil nota secara neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain.
Apabila kita katakan sebagai kemahiran, ia menuntut kita tahu apakah kemahiran yang kita akan belajar. Ia lebih tepat kita sebut sebagai belajar cara untuk belajar. Selalu kita sebut sebagai "smart study" iaitu belajar dengan kaedah yang betul ditambah dengan minat, motivasi serta kesungguhan yang tinggi. Apabila disebut sebagai kemahiran ia juga perlukan ulangan.
Teknik Belajar
Teknik belajar berkumpulan adalah antara teknik belajar yang begitu popular dalam kalangan pelajar serta mahasiswa adalah secara berkumpulan. Apabila ditanya kepada kita, apakah kita tahu tentang teknik belajar secara kumpulan. Ramai antara kita yang akan mengatakan mereka tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan belajar berkumpulan, tetapi sejauh manakah pengetahuan serta pemahaman kita dalam aspek ini. Apabila ditanya tentang belajar berkumpulan ini, ramai mengatakan bahawa ia hanya sekadar dilaksanakan bersama kawan-kawan. Belajar berkumpulan harus dihalusi dan diteliti. Ini kerana ada segelintir yang mengatakan bahawa belajar berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Apabila keluar dari sesi belajar secara berkumpulan, tidak banyak manfaat yang diperolehi. Ini merupakan tanggapan yang salah.
Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama, atau kumpulan yang tidak formal dana mempunyai ahli-ahli yang terdiri
daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Ini kerana dalam belajar secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Misalnya ada sebahagian ahli yang membaca buku yang berbeza daripada kita, pandangan daripada buku tersebut dapat diperolehi dengan segera. Begitu juga dengan pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli kumpulan. namun demikian, belajar berkumpulan memerlukana adab dan disiplin diri yang tinggi. Misalnya perlu mengemukakan pandangan secara teratur, bersedia untuk berbeza pendapat, menggunakan kumpulan sebagai wadah untuk "sumbang saran" atau menyemarakkan idea.
Perkara lain yang juga perlu diberi perhatian dalam usaha untuk meningkatkanilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikir secara aktif. Yakni kesanggupan untuk berhujjah dalam minda dengan melakukan analisis dan hipotesis secara kritis dengan penuh adab dan akhlak disamping menyakini wibawa diri orang yang menyampaikan maklumat. Dengan semikian, pemikir yang baik bukanlah pemikir yang stereotype yang tidak boleh menghormati kaedah bagaimana orang yang tidak sealiran dengannya berfikir. Sebagai contoh katakanlah seorang pelajar yang bijak menyenaraikan isi-isi penting dalam topik "Gejala sosial di kalangan remaja". Pelajar ini mendapat 10 isi. Kemudian tajuk ini diberikan juga kepada kumpulan (5 hingga 7 orang) pelajar. Mereka ini dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 isi penting.
Secara luarannya dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Namun yang menjadi dilemanya adalah kaedah yang tersusun, sistematik dan sempurna. Di sini dipaparkan kaedah yang betul tentang belajar berkumpulan.
Peranan Belajar Berkumpulan
1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.
Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan di dalam kumpulan.
2. Ahli mesti sehaluan.
Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.
3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.
Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.
4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.
Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru. Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.
5. Penumpuan semasa ahli membentang.
Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita. Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai, justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.
6. Bersoal jawab.
Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan dibincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa
bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal dalam membincangkan tajuk tersebut. Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah dengan pemahaman kita.
7. Agihkan bahan
Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas seperti tugas mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha. Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian tajuk-tajuk. Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.
K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi
Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita untuk melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.
Ada sesetengah pelajar yang bimbangkan prestasi pelajarannya yang merosot. Atau mungkin ada yang risau kalau-kalau prestasi akademiknya tidak meningkat. Sudah menjadi fitrah remaja di alam pengajian, mereka ingin mendapatkan keputusan yang baik dan cemerlang. Tetapi persoalannya, bagaimana?
Salah satu cara untuk meningkatkan prestasi pelajaran anda ialah dengan meningkatkan produktiviti belajar saudara. Ada orang yang belajar satu jam sehari sudah cukup, tetapi ada orang yang mengadap buku sehingga tiga jam, tetapi hanya faham satu muka surat sahaja! Kenapa? Kerana pembelajaran mereka tidak menghasilkan produktiviti yang sepatutnya. Oleh yang demikian, jika anda ingin meningkatkan prestasi akademik, anda juga perlu meningkatkan produktiviti belajar anda. Di bawah ini, ada lima belas tip panduan segera yang boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan produktiviti pembelajaran anda:
1. Duduk, Tulis dan Atur (DTA). Ambil kertas, dan senaraikan apakah perkara yang perlu anda lakukan. Ia termasuk kerja rumah, latihan tubi, mengulangkaji pelajaran, persiapan untuk ke kelas, menyiapkan kerja kursus, latihan bola tampar, menolong ibu atau bapa, menemani adik ke pekan, dan apa sahaja. Jangan biarkan tugasan-tugasan itu berserabut di dalam kepala anda. ‘Keluarkan’ ia dengan menulis di atas kertas. Ini yang paling awal perlu anda lakukan.
2. Tentukan prioriti setiap tugasan yang telah disenaraikan. Yang utama diutamakan. Ambil kira faktor tanggungjawab, jangka masa, dan matlamat hidup anda dalam menentukan prioriti. Apakah matapelajaran yang paling sukar dan lemah? Apakah matapelajaran yang sudah hampir dengan ujian? Apakah matapelajaran yang mesti saya ‘sasarkan’ sesuai dengan cita-cita saya untuk menjadi doktor? Adakah saya seorang pemain utama pasukan bola tampar atau hanya sebagai pemain simpanan? Semua ini perlu diambil kira oleh anda untuk menyusun yang paling penting dan diutamakan.
3. Duduk, Fikir dan Perincikan (DFP). Sebelum memulakan langkah anda, fikirlah langkah-langkah dan proses untuk menjayakan kerja anda itu. Dengan melakukan DFP, anda boleh mengenalpasti apakah sebenarnya perkara yang anda perlu buat. DFP akan menambahkan minat anda untuk terus bekerja dan bekerja. Contohnya, anda perlu menyiapkan kerja kursus untuk Sejarah. Untuk melakukannya, beberapa interview perlu dibuat, ia juga perlu ditaip, dicetak, dijilidkan dan dihantar kepada guru pemerhati. Rancanglah yang mana dahulu dan buatlah mengikut kesesuaian dan kemampuan anda.
4. Kemaskini senarai tersebut sentiasa. Ini kerana prioriti sentiasa berubah mengikut keadaan dan masa. Dapatkan semua maklumat yang perlu berkaitan dengan tugasan anda dari semasa ke semasa. Adakah cikgu telah memberikan kerja rumah yang baru? Betulkaj latihan kriket petang ini dibatalkan? Kelas tambahan ditangguhkan satu jam? Semua ini akan mengubah bentuk senarai DTA-DFP anda. Oleh itu, pastikan bahawa anda sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekitar anda. Sentiasa bermaklumat!
5. Cipta kepelbagaian dalam pembelajaran. Untuk mengelakkan kebosanan, anda perlukan langkah ini. Jangan terbelenggu dengan kaedah yang sama dalam bekerja. Contohnya, selain daripada membaca dan membuat nota, anda boleh melakukan latihtubi serta belajar dalam kumpulan. Selain daripada mengulangkaji di meja belajar, mungkin sekali-sekala anda boleh ‘berubah angin’ untuk mengulangkaji di halaman rumah atau di anjung. Tapi jangan diamalkan selalu, cukup sekadar untuk menghilangkan kebosanan sahaja.
6. Sentiasa di atas landasan. Jangan tergelincir, kerana buruk akibatnya. Anda boleh menulis matlamat dan sasaran belajar anda di atas sebuah kad dengan besar serta jelas, dan letakkan pada tempat yang mudah untuk dilihat. Manusia ini pelupa, dan perlu diperingatkan sentiasa. Jika perlu, bawalah ‘kad matlamat’ anda ke mana-mana anda pergi. Setiap kali anda berasa malas untuk belajar, bukalah kad tersebut dan lihat sasaran pelajaran anda. Adakah anda sudah bersedia untuk sasaran itu? Jika belum, berusahalah sekarang!
7. Asah parang setiap masa. Ada banyak ‘parang-parang’ yang perlu dalam proses belajar dan menjadi seorang yang cemerlang. Kemahiran mengulangkaji, kemahiran membuat nota, membaca secara aktif dan pantas, memotivasi diri, kemahiran mengingat, kemahiran memjawab soalan, menghadapi peperiksaan, mengendalikan stress, kemahiran berkomunikasi, kepemimpinan, personaliti, dan banyak lagi. Belajar kemahiran-kemahiran ini dan asahlah selalu. Pastikan ianya tidak ‘tumpul’; kalau tidak susah anda nanti.
8. Sedar apakah faedah dan harga ulangkaji itu. Adakah ia benar-benar perlu? Berbaloi atau tidak? Adakah cara ulangkaji lain yang lebih mudah dan berkesan? Setelah anda benar-benar menyedari betapa pentingnya untuk anda belajar dan mengulangkaji, maka anda tidak akan berasa lemah serta acuh tidak acuh. Anda akan melakukan sebaik mungkin untuk tidak membuang masa. Dalam masa yang sam juga, anda akan meninggalkan perkara yang tidak menguntungkan. Anda tahu yang mana penting dan yang mana tidak. Jangan membazirkan masa, tenaga, wang dan komitmen anda untuk sesuatu yang boleh ditinggalkan. Tumpukan kepada yang utama.
9. Sentiasa sediakan ‘ulangkaji anjal’ dari semasa ke semasa. Ulangkaji anjal ialah tugasan yang boleh dibuat di mana-mana, tidak kira bila masanya. Contohnya seperti menghafal formula-formula ringkas, mengingati beberapa isi dalam nota poket anda, dan banyak lagi. Ulangkaji seperti ini boleh dilakukan walaupun bukan semasa temph ulangkaji. Contohnya, seperti ketika anda sedang dalam perjalanan, atau sedang menunggu bas, atau sedang menantikan kawan anda untuk ke pekan bersama-sama. Buatlah senarai ulangkaji anjal yang boleh anda lakukan dalam sehari, dan rujuklah ia dari semasa ke semasa.
10. Gunakan tarikh akhir peribadi. Jangan bergantung kepada tarikh akhir yang diberikan oleh guru anda semata-mata. Anda lebih arif tentang masa anda, jadi kenapa tidak tentukan sendiri tarikh akhir anda sendiri. Kalau guru menyuruh anda menghantar kerja kursus itu minggu hadapan, anda buatlah tarikh akhir anda mengikut kemampuan diri anda sendiri. Jika anda boleh menyiapkannya lusa, kenapa tidak anda siapkannya lusa? Dengan berbuat demikian, anda tidak lagi berkejar-kejar setiap kali tarikh akhir sudah hampir.Anda juga tidak akan menangguh-nangguhkan kerja. Dengan sendiri anda boleh mengelakkan daripada membuat sesuatu yang tidak berfaedah; kerana anda mempunyai tarikh akhir anda sendiri.
11. Yang paling berbaloi diutamakan. Ia untuk kebaikan anda juga. Berbaloi boleh jadi dari aspek matapelajaran penting, yang mana lemah, yang diminati, dan aspek-aspek lain. Bahkan aspek pahala juga mesti dipertimbangkan. Jangan semata-mata berpuas hati dengan ‘mengulangkaji pelajaran’, tetapi sebenarnya tiada apa yang anda perolehi daripada tempoh tersebut. Kalau adapun, ia tidak berbaloi dengan masa yang anda peruntukkan. Oleh itu, sebelum anda duduk mengulangkaji, tanyalah kepada diri sendiri; Adakah ini yang paling berbaloi?.
12. Elakkan daripada timbunan kerja. Ia berlaku jika anda hanya tahu menangguhkan kerja sahaja. Kerja rumah semalam ditangguhkan esok, yang minggu ini ditangguhkan ke minggu hadapan. Akhir sekali, semakin banyak kerja-kerja yang mesti dibuat. Bukan tidak boleh menangguhkan kerja, tetapi jika anda menjadikan ia untuk ‘melarikan diri’, anda akan ‘lemas’ dalam timbunan kerja yang ditangguhkan. Jika ini berlaku, cepat-cepatlah atasi dari sekarang!
13. Jangan menjadi ahli sempurna. Jika anda inginkan semuanya sempurna dan tersusun, anda akan menghabiskan banyak masa untuk hasil yang tidak seberapa. Kadangkala anda banyak menghabiskan masa untuk perkara yang tidak penting; semata-mata untuk menjadikannya sempurna. Anda menghabiskan berpuluh minit hanya untuk mengemas meja; padahal baru sahaja belajar beberapa ketika. Anda bertungkus lumus untuk memperbetulkan bungkusan buku teks, padahal ia masih lagi elok. Akhir sekali, anda menghabiskan banyak masa dan usaha hanya untuk memastikan ianya ‘sempurna’. Padahal hasilnya tidaklah seberapa.
14. Jika terlalu sukar, berilah masa menyelesaikannya. Ada banyak benda yang boleh diselesaikan dengan memberikan sedikit masa. Ia adalah satu contoh penangguhan yang positif. Contohnya, anda tidak faham satu konsep dalam ulangkaji. Sudah beberapa kali membaca tetapi masih tidak faham. Dalam situasi sebegini, tinggalkanlah ia buat sementara. Tandakan di bahagian tepi, dan teruskan membaca bahagian lain. Berilah sedikit masa untuk otak berfikir tentangnya. Jika masih tak dapat, bertanyalah kepada guru dan rakan anda.
15. Ingat ‘Prinsip Keberkatan’. Dalam ajaran Islam, faktor keberkatan juga penting dalam pembelajaran. Keberkatan mempengaruhi hasil dan faedah yang anda perolehi daripada waktu belajar anda. Adakala orang memperuntukkan masa 2 jam untuk ulangkaji yang boleh dibuat dalam masa 30 minit. Ada pula kerja kursus setebal 200 mukasurat ditolak oleh guru, sedangkan yang setebal 50 mukasurat dipuji dan dijadikan contoh. Ada orang yang tidak banyak peralatan belajar tetapi berjaya, dan ada orang yang mempunyai semua kelengkapan tetapi masih gagal. Kenapa? Mungkin faktor keberkatan boleh menjelaskannya.Renungkanlah kesemua tips panduan di atas. Mampukah anda mempertingkatkan produktiviti belajar anda selepas ini? Cubalah satu persatu, jadikannya sebagai satu senarai harian untuk anda amalkan secara beransur-ansur. Tetapkan sasaran peningkatan dari sehari ke sehari. Kemudian, buat analisa pelajaran anda setiap kali tiba hujung bulan. Insya Allah, jika anda melakukannya dengan betul, tidak lama lagi, anda akan dapat melihat peningkatan dalam akademik anda. Cubalah!

Oleh: Hj Ahmad Fadzli Yusof
Disiplin diri amat penting bagi seseorang pelajar, lebih-lebih lagi untuk menjamin keputusan yang cemerlang.Umumnya disiplin diri ialah keupayaan seseorang individu mengawal tingkahlaku supaya memenuhi tuntutan tertentu sebagaimana yang dikehendaki.
Sebenarnya pada pandangan peribadi saya disiplin diri ini amat penting sebagai asas kepada titik permulaan kejayaan cemerlang seseorang pelajar.
Tentulah dalam hal ini, tanpa disiplin diri seseorang pelajar itu hanya akan berangan-angan tentang keputusan cemerlang dan akhirnya matlamat serta cita-cita yang di idamkan hanya menjadi igauan semata-mata.
Berikut ini diperturunkan beberapa kepentingan disiplin diri bagi seseorang pelajar:-
1. Pelajar dapat mengawal diri di dalam kelas dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran guru.
2. Pelajar tidak akan terjebak dalam sebarang masalah disiplin di sekolah.
3. Pelajar akan menghormati seluruh warga sekolah dan masyarakat.
4. Pelajar akan mengikuti jadual belajar yang beliau sediakan.
5. pelajar akan sanggup bekerja keras(study smart dan study hard) untuk masa depannya.
6. Pelajar akan Membuat semua kerja sekolah yang dibrikan.
7. Pelajar akan senentiasa memotivasikan diri sendiri untuk mencapai keputusan
terbaik.
8. Pelajar tidak akan terjebak dengan pelbagai macam gejala negatif yang boleh
menjejaskan fokus tumpuan mereka terhadap pembelajaran mereka.
9. Boleh mewujudkan suasana yang kondusif, harmoni dan selesa dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan, tidak syak lagi kepada kita semua, tentang keperluan disiplin diri bagi seseorang pelajar demi menjamin kelangsungan pencapaian akademik seseorang pelajar secara berterusan.
Pun demikian tanggungjawab siapakah sebenarnya untuk mencetus, memupuk dan membentuk disiplin diri yang kuat di kalangan para pelajar.Tentunya ibu bapa, para pendidik, institusi keagamaan serta seluruh masyarakat bertanggungjawab dalam hal ini.Kita fikir-fikirkanlah.