Motivasi

Taat Kepada Pemerintah

Sudah sewajarnya bagi setiap Muslim mengetahui dan memahami cara bermuamalah dengan  penguasa (pemerintah). Berdasarkan kepada panduan...

08 Apr 2011 | 0 comments | Read more

Gagal VS Jaya

Manusia dijadikan dengan fitrah yang menginginkan keamanan dan kesejahteraan didalam hidup. Tetapi Allah tidak mengurniakan semua manusia ...

19 Jan 2011 | 0 comments | Read more

Adab Yang Terkubur

Makin diselimuti harta, kuasa dan pencapaian akademik yang tinggi, semakin bongkak seseorang itu boleh jadi. Bongkak sehingga tetamu pun ti...

09 Jan 2011 | 0 comments | Read more

Amalan Yang Dilupakan

Amalan yang disebutkan di dalam tajuk post ini ialah MENANG-MENANG. Di dalam organisasi, pelbagai panduan dari kitab motivasi dan psikolog...

09 Jan 2011 | 0 comments | Read more
Agama

Konsep Perayaan Dari Perspektif Islam

1) SEJARAH PERAYAAN DALAM ISLAM Perayaan AidilFitri dan AidilAdha dianugerahkan oleh ALlah sewaktu umat manusia telah berhijrah ke Madi...

25 Aug 2011 | 0 comments| Read more

Kenali Aidilfitri

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh ...

25 Aug 2011 | 0 comments| Read more

Renungan Akhir Ramadhan

Oleh: Abdullah Saleh Hadrami Allah ?subahanahu wa ta?ala memuji orang-orang yang melakukan ketaatan kepadaNya dalam fir...

25 Aug 2011 | 0 comments| Read more

Harga "Terima Kasih" Semakin Mahal...?

Mutakhir ini, nilai berterima kasih telah jauh terhakis dari dalam diri masyarakat. Terlalu sukar atau paya mahalkah untuk m...

08 Apr 2011 | 0 comments| Read more

Diari Pak Ngah

  • 23 Sep 2010 Ceramah Oktober 2010
  • 17 Sep 2010 Ceramah September 2010
Pendidikan

Siswa Berpolitik : Satu Pandangan

Rasanya isu ini telah lama muncul.  Sejak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diwujudkan ketika era mantan perdana menteri Tu...

19 Jan 2011 | 0 comments| Read more

Antara Pemimpin dan Pengurus Sekolah

Jika dibuat analogi (tamsilan) tentang industri pengangkutan kereta api, seseorang pemimpin membina konsep kereta api, mengenal pasti pasa...

16 Oct 2010 | 0 comments| Read more

Kebobrokan Disiplin Murid

PENGENALAN “ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “ Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial ”, “ Buli gugat semangat bel...

16 Oct 2010 | 0 comments| Read more

Pendidikan Seks dari Perspektif Islam

DA empat perspektif Islam mengenai konsep pendidikan seks. -Dilihat secara menyeluruh kerana pelaksanaannya mahukan sebuah sistem kehidupan...

19 Sep 2010 | 0 comments| Read more
Keibubapaan

Adab Yang Terkubur

Makin diselimuti harta, kuasa dan pencapaian akademik yang tinggi, semakin bongkak seseorang itu boleh jadi. Bongkak sehingga tetamu pun ti...

09 Jan 2011 | 0 comments| Read more

Amalan Yang Dilupakan

Amalan yang disebutkan di dalam tajuk post ini ialah MENANG-MENANG. Di dalam organisasi, pelbagai panduan dari kitab motivasi dan psikolog...

09 Jan 2011 | 0 comments| Read more
Fotografi

Lensa merupakan bahagian utama kamera yang terdiri daripada susunan elemen optik yang berfungsi untuk menangkap gambar di hadapan kamera s...

25 Jan 2015 | Read more
Cinta

Doa Mencari Jodoh

 doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’. Wallhu a'la...

27 Sep 2010 | Read more
Teknik Belajar

Kemahiran Mengingat

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uan...

19 Sep 2010 | Read more
Info

Hilang Telefon Bimbit...?

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lag...

24 Apr 2011 | Read more
Bahasa

Bahasa

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Beberapa sarjana bahasa telah memberikan hujah masing-masing dalam mendefinisikan bahasa.  Antaranya Sa...

18 Sep 2010 | Read more
Renungan

Kebangkitan Rakyat Mesir : Saat Sekutu Israel Dijatuhkan Allah

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Can...

02 Feb 2011 | Read more
Tinta Pak Ngah

Menelusuri Sirah Insan Kamil - Nukilan : Pak Ngah 1432H

Menelusuri tawarikh 12 RabiulawalTika maulid dirimu kekasih RabbiMuhammad Ibni AbdillahHingga terpadam nyalaan sembahan MajusiRetaknya tian...

18 Feb 2011 | Read more
Video

Kalendar Hijrah

TERKINI

Pendidikan Seks dari Perspektif Islam

DA empat perspektif Islam mengenai konsep pendidikan seks.
-Dilihat secara menyeluruh kerana pelaksanaannya mahukan sebuah sistem kehidupan insan yang harmoni dan sejahtera.
-Mengelakkan salah faham yang boleh mengganggu akibat salah guna maklumat yang diperoleh.
-Mementingkan keselamatan dan kesejahteraan umat dalam pelaksanaan pendidikan seks.
-Mengikut rangka matlamat syariat - menjaga agama, maruah dan keturunan agar pelaksanaannya mencapai objektif diharapkan.
Perkara ini disarankan Dr Muhamad Zahiri Awang Mat (UIAM) dan Rahimi Md Saad (UM) dalam kertas kerja bertajuk Konsep dan Objektif Pendidikan Seks Menurut Perspektif al-Quran. Antara matlamat utama mendidik masyarakat memahami kehidupan seksual yang selaras tuntutan agama ialah untuk mematuhi perintah serta tuntutan Allah terhadap manusia atau sebagai satu ibadah.
Dr Zahiri dan Rahimi membentangkan kertas kerja mereka itu pada Seminar Seksual Kebangsaan 2005 (SSK2005) di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini. Ia dianjurkan Pusat Pembangunan Keluarga UM dan Fakulti Pendidikan UM.
Dr Zahiri dan Rahimi berpendapat masyarakat bertanggungjawab mendidik anggotanya memahami corak kehidupan dalam aspek ekonomi, sosial, moral dan lain-lain agar mereka dapat menjalani kehidupan yang sentiasa diredai Allah.
Kehidupan seksual juga tidak terlepas daripada tanggungjawab masyarakat untuk menyampaikannya, terutama kepada generasi muda kerana kekalutan akan memberi masalah yang perlu ditanggung semua anggota masyarakat.
Mereka perlu difahamkan dengan gaya hidup seksual yang selaras dengan nilai dan garis hidup Islam. Pengisian program pendidikan seksual mesti mampu menjurus orang yang dididik ke arah memahami diri sendiri serta membawa mereka mengenali dan mentaati Allah.
Pendidikan seks memang berkait rapat dengan aqidah. Pendidikan seks yang berkonsepkan Islam mesti berteraskan pada kepercayaan kita kepada Allah dan rukun iman lain. Masyarakat yang dapat mendidik anggotanya menjalani kehidupan seksual yang harmoni akan mampu mewujudkan kehidupan sejahtera.
Dalam kertas kerja Pendidikan Seks Menurut Pendekatan Islam: Satu Tinjauan, pemakalahnya Prof Madya Hasbullah Abdul Rahman, Azhar Abdul Aziz dan Mohd Yadman Sarwan (UiTM Perak) menekankan bahawa hidup yang hanya bergantung pada keperluan seks semata-mata memang tenat.
Pendidikan seks boleh ditakrifkan sebagai satu proses memberi pengajaran, kesedaran serta penerangan mengenai masalah seksual kepada anak dari kecil hingga dewasa.
Ia hendaklah mula diajar kepada anak ketika berusia 10 tahun, iaitu dengan memisahkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan.
Pada dasarnya, pendidikan seks yang perlu diajar kepada anak meliputi beberapa peringkat mengikut tahap umur mereka. Peringkat pertama ialah tamyiz atau mumaiyiz (usia 7-10 tahun), murahaqah (usia 10-14 tahun) dan baligh (usia 14-16 tahun).
Ibu bapa perlu menekankan tiga strategi dalam menjaga dan memerhati perlakuan anak mereka sama ada di dalam mahupun di luar rumah, iaitu memberi kesedaran, ancaman daripada perbuatan zina dan peringatan dengan pegangan agama yang jelas.
Prinsip Islam dalam soal tarbiah dan pendidikan bermula dengan membetulkan individu dari dalam jiwa manusia. Pembaikan dan pendidikan dimulakan dengan mensucikan naluri, mendidik kebatinan dan melembutkan perasaan.
Azhar Muhammad (UTM, Johor) dalam kertas kerjanya, Etika dan Nilai Akhlak Islam sebagai Asas Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seks pula berkata muslim perlu memiliki nilai dan etika dalam setiap sudut kehidupan, termasuk bidang pendidikan seks.
Justeru, tegasnya, kurikulum pendidikan seks untuk pelajar juga tertakluk kepada nilai akhlak dan etika yang telah ditetapkan Islam. Bentuk pendedahan mengenai seks yang tidak disusuli nilai akhlak dan etika Islam akan mengundang masalah.
Pendidikan seks perlu didedahkan kepada anak atau pelajar bagi memperlihatkan nilai akhlak yang terkandung di dalamnya dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah. Institusi yang boleh menerapkan nilai ini ialah keluarga dan sekolah.
Kata Azhar, anak perlu mengetahui fungsi organ seks, tanggungjawab mengenainya, halal haram berkaitan organ seks dan panduan mengelakkan kemungkaran.
Pendidikan seks perlu dilakukan secara sistematik dalam keluarga, sekolah dan masyarakat untuk menyampaikan proses seksual menurut Islam serta ketentuan masyarakat. Ia bukan pendidikan mengenai cara bersetubuh atau persetubuhan yang selamat, seks yang boleh mencegah kehamilan dan sebagainya.
Kurikulumnya harus meliputi ilmu lain seperti fungsi reproduktif manusia, penjagaan kesihatan, masa yang sesuai untuk bersetubuh dan kesannya.
Dengan mengetahui semua ini, mereka akan menjadi lebih terbimbing apabila berhadapan seks dan seksualiti. Kurikulum yang diterapkan perlu mengikut pengajaran mengenai nilai dan etika yang harus wujud dalam pendidikan itu.
Profesor Dr Ab Aziz Mohd Zain dan Yusmini Md Yusoff (UM) dalam kertas kerja mereka Pendidikan Seks dari Perspektif Islam, berkata pendidikan seks perlu disampaikan dengan berhati-hati kerana jika berlaku kesilapan dalam proses pelaksanaannya, remaja Islam akan menerima kesan buruk.
Matlamat pendidikan seks, tambah mereka, hendaklah dipastikan segala program perlu disesuaikan ke arah pencapaiannya. Tujuan utama pendidikan seks dalam Islam ialah melatih umat Islam, terutama remaja menyedari keinginan itu perlu dipenuhi secara baik dan halal.
Justeru, ilmu mengenai seks perlu diberi agar perlakuan ini boleh disalurkan dengan betul, mendedahkan kesan negatif akibat penyelewengan seksual serta mengenal pasti faktor mendorong dan merangsang penyimpangan seks.
Pendidikan seksual dalam Islam adalah menerusi pendekatan integral dengan pendidikan akidah, akhlak dan ibadah. Bentuk perlakuan seksual yang sihat adalah ekspresi akhlak yang baik. Kemuliaan akhlak gagal dicapai tanpa keimanan yang kukuh.
Ada tiga pendekatan dalam membentuk dasar pendidikan seks, iaitu:
l Program kesedaran secara menyeluruh dalam aspek akidah dan akhlak dengan memberi pendedahan mengenai bentuk rangsangan seks dan penjelasan implikasi penyelewengan seks.
l Mewujudkan kaedah pemantauan terhadap gerak-geri dan perlakuan remaja, terutama di pihak ibu bapa, sekolah dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dengannya.
l Melakukan usaha (usaha bersepadu) membabitkan pembinaan keimanan, kerohanian, pemikiran, kemasyarakatan, budaya dan sukan sehingga timbul kesedaran dalam diri remaja bahawa tidak elok berzina.
Sumbang mahram pula adalah masalah jenayah seksual yang berat, malah jauh lebih berat daripada rogol biasa kerana ia dilakukan seorang yang bertanggungjawab menjaga, memberi pendidikan agama dan moral secukupnya.
Menerusi kertas kerja mereka, Jenayah Mangsa Sumbang Mahram di Malaysia, Maheran Zakaria, Wan Murshida Wan Hashim, Tg. Adida Tg. Zainal Mulok (UiTM Kelantan) memberi beberapa cadangan untuk membendung gejala ini.
Mereka mengesyorkan beberapa usaha perlu dibuat untuk mengenal pasti punca dan jalan penyelesaian bagi menangani serta membendung masalah ini hingga ke akar umbi. Antara cadangan mereka ialah pendidikan seks, mengadakan kempen serta iklan dan ceramah, pelan tindakan serta mengawal dan memantau bahan berunsur lucah.
Mengenai pendidikan seks, pelajar terutama remaja wajar didedahkan dengannya sejak di alam persekolahan. Kurikulum pendidikan seks harus diintegrasikan dengan ajaran agama agar pelajar mendapat gambaran dan kefahaman menyeluruh mengenai seks.

Oleh Raja Yusoff Ariffin

Get this widget

Posted by Tuan Tanah Blog on 3:36 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Pendidikan Seks dari Perspektif Islam�

Post a Comment

Recent Entries

free counters

Photo Gallery