doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.
Wallhu a'lam.
Kalau kita baca kitab hadith 40, susunan Imam Nawawi, pada hadith yang ke-31 kita anda bertemu dengan hadith berikut.
Daripada Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa’idd r.a, berkata : "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ‘ Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. ‘ Maka dijawab Nabi : ‘ Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai."
Zahid yang dimaksudkan ini bukanlah Zahid AF. Tetapi Zahid dari segi bahasa bermaksud, “berpaling daripada sesuatu sebab kurang bernilai”
Imam Al-Ghazali memberi definasi zahid yang lebih jelas untuk dikaitkan dengan hadith di atas. Kata beliau, “Bukanlah orang yang zahid itu orang yang tidak berharta. Tetapi orang yang zahid itu ialah orang tiada dibimbangkan oleh hartanya sekalipun harta seluruh alam ini kepunyaannya belaka.”
Ibn Qayyim Al-Jauziyah pula mengkategorikan zahid kepada dua bahagian:
- Zahid itu ialah mengosongkan hati dari dunia bukan kosong tangan daripadanya. Inilah zahid orang-orang arifin.
- Zahid itu ialah kosong sama sekali dari sesuatu sama ada dari dunia ini mahu pun dari syurga diakhirat kelak, kecuali Allah sajalah tempat tumpuan. Inilah zahid golongan muqarabin.
Yang di atas semuanya berkaitan dengan zahid kepada dunia. Berkenaan zahid kepada barang yang ditangan manusia pula, bermaksud jangan mengharapkan sesuatu daripada manusia.
Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Salam r.a. menemui Kaab Al-Ahbar yang sedang di sisi Umar r.a. Lalu Abdullah r.a. berkata, “Wahai Ka’ab siapakah golongan yang berilmu?” Ka’ab menjawab, “orang yang beramal dengan ilmu.” Abdullah r.a. bertanya lagi, “Apakah yang menghilangkan ilmu daripada hati ulama selepas mereka menghafal dan memahaminya?” Ka’ab menjawab, “Ia dihilangkan oleh ketamakkan, kerakusan nafsu fan meminta keperluan daripada manusia.” Abdullah r.a. pun berkata, “benar.”
Ketika mensyarahkan hadith ini, Imam Ibnu Rejab berkata, “Terdapat banyak hadith daripada Nabi s.a.w. yang mengarahkan supaya menjaga diri daripada meminta sesuatu kepada manusia dan supaya tidak bergantung kepada mereka. Sesiapa yang meninta kepada manusia apa yang ada di tangan mereka, mereka akan membenci dan tidak suka kepadanya, kerana harta sesuatu yang disayangi oleh jiwa manusia. Oleh itu, sesiapa yang meminta kepada mereka sesuatu yang mereka sayangi, mereka akan membencinya.”
Adakah kita ni termasuk hamba-hamba Allah yang zuhud? Imam Al-Ghazali di dalam Koleksi kitab Ihya Ulumuddin, di dalam Kitab Fakir dan Zuhud telah mengariskan beberapa ciri orang-orang zuhud :
- bahawa ia tidak gembira dengan adanya sesuatu dan tidak bersedih dengan tiadanya sesuatu. (tanda zuhud kepada harta)
- bahawa sama padanya antara orang yang mencelanya dan memujinya (zuhud kepada kemegahan)
- jinak hatinya kepada Allah s.w.t., setiap orang yang jinak hatinya dengan Allah, nescaya ia sibuk dengan yang demikian. Ia tidak sibuk dengan yang lain daripadaNya.
Wallahu’alam.
Rujukan
Jawami’i Al-Akham Jilid 3 (terjemhan bahagian Terjemahan dan Editorial Pustaka Salam Sdn. Bhd) , Imam Ibnu Rejab Al-Hanbali, Pustaka Salam Sdn. Bhd., 2007
Hadith Empat Puluh (Terjemahan dan syarah oleh Al-Ustaz Mustafa Abdul Rahman), Imam Nawawi, Dewan Pustaka Fajar, 2008.
Ihya Ulumuddin, Kitab Fakir dan Zuhud (Terjemahan Prof T.K.H. Ismail Yaakub Sh; Ma), Victory Agensi, Kuala Lumpur, 1988.
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]
.
Wallahu’alam.
What is love? Love is definitely essential in our life. How much we appreciate love in our life? What can we get from love? Here, I will show you what LOVE is.
Lucky;
Being lucky as a Muslim. Learn the meaning of love in Islam is beautiful. I love Allah, Prophet Muhammad (pbuh), my parents, family and all my Muslim sisters and brothers.
Obey;
Obey the rules in Al-Quran and As-Sunnah, we will surely get the perfect blissful life. There are many things that I learnt in Al-Quran and As-Sunnah, including love. As we know, Islam is a religion that loves peace.
Vow;
Vowing that there is no god but Allah, Muhammad is the Messenger of Allah. Only Allah is The One who we cannot forget. He is always watching us and always cares about us.
Effort;
Love is an effort to get the meaningful life. Always caring and being honest is a vital in love. We need to be caring and honest with our brothers and sisters in Islam and to all people all around the world.
Hati yang hidup ialah hati yang mencintai Allah. Sesiapa yang mencintai Allah, dia mencintai Islam kerana kehidupan Islam ialah kehidupan yang ditunjuki oleh Allah. Barangsiapa mencintai kehidupan Islam maka dia mencintai kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat radiaLlahu anhum. Kehidupan mereka merupakan tafsiran ajaran Islam secara praktikal. Mereka merupakan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan sejati yang pernah dilahirkan di dunia ini. Mereka juga adalah generasi yang membangunkan dunia dengan kecintaan kepada Allah SWT dan membawa kebahagaian kepada kehidupan manusia dan alam.

Apabila kita menyebut tentang cinta Allah, ianya mestilah bertempat di hati sebab hati dicipta untuk merasai dzauqi atau kelazatan menghayatinya. Hati juga tempat makrifat, tempat iman, tempat rindu. Hati ini dikategorikan oleh Ulama Sufi kepada 4 peringkat, iaitu :
1. Hati yang lalai kepada Allah.
2. Hati yang ingat kepada Allah.
3. Hati yang asyik dengan Allah.
4. Hati yang makrifat kepada Allah.
Pada hari ini, kebanyakan ulama, para pendakwah atau orang awam memiliki hati yang berada pada tahap pertama, iaitu hati yang lalai dengan Allah SWT. Ini dapat dilihat dalam kehidupan mereka yang tidak menunjukkan mereka cinta kepada Allah, bersungguh dalam ibadah dan mujahadah serta sentiasa memelihara diri daripada perkara-perkara yang haram, syubhah dan makruh. Mereka juga tidak berhati-hati dalam perkataan, penglihatan serta pendengaran yang akibatnya hati mereka bertambah keras dan rosak.
Berapa ramai ulama yang bercakap tentang takut kepada Allah tetapi sanggup menyembunyikan kebenaran kerana takutkan manusia. Mereka juga dunukilkan oleh Allah sebagai orang yang menjual ayat-ayat Allah untuk kepentingan duniawi. Ada juga di kalangan para pendakwah yang bercakap tentang ayat-ayat Allah tetapi kadang-kala mereka “menjual” ayat-ayat Allah demi mendapatkan keuntungan, kemasyhuran, pengikut yang ramai serta pujian dari manusia lain. Mereka sebenarnya orang-orang yang mati hatinya daripada perasaan cintakan Allah. Manakala orang awam, kehidupan mereka dibelenggu oleh kesibukan mencari harta, pangkat dan mencintai kaum keluarga diatas hawa nafsu sehingga melalaikan mereka daripada Allah SWT.
Manusia wajib mencintai Allah. Ia adalah perkara fitrah kerana asal roh manusia datang dari Allah. Ketika di alam arwah, manusia telah mengaku bahawa Allah adalah tuhan mereka dan tiada yang lain dalam cintanya, zikirnya, ingatannya, pujaannya, semuanya adalah untuk Allah SWT semata-mata. Mereka sudah berilmu dan mengenal Allah dengan pengenalan yang hakiki. Apabila manusia itu lari dari fitrah dan tidak menghalakan roh dan hati mereka untuk mencintai Allah, mereka sebenarnya meronta-ronta untuk kembali kepada Allah, untuk mengenal Allah, mencintai Allah atau Rabbnya kerana itulah fitrahnya.
Namun kehidupan dunia yang hanya membawa halangan dan rintangan kepada diri seseorang untuk terbang ke hadrat Ilahi telah menyebabkannya menderita kerana mencintai dunia yang bukan fitrahnya. Ketahuilah, sesiapa yang cuba menentang fitrah dengan tidak mencintai Allah, sebaliknya mencintai dunia atau yang lain, ia akan menderita.
Ramai manusia yang mempunyai atau memiliki kekayaan tetapi sedikit yang memiliki kebahagiaan. Kebahagiaan itu hanyalah apabila roh atau hati kembali kepada Allah. Ibarat seekor ikan yang dilepaskan kembali ke lautan atau nseekor burung yang tinggal di dalam sangkar emas kemudian dibukakan sangkar hingga ia kembali mendapat kebebasan. Walaupun tinggal di dalam sangkar emas, hakikatnya burung itu tidak mendapat kebebasan. Begitu juga dengan roh. Jangan biarkan roh kamu terkurung di dalam sangkar emas (dunia dan hawa nafsu), walaupun ia kelihatan cantik tetapi ia bukan kebahagiaan hakiki.
Ramai manusia menyangka apabila mereka kembali kepada Allah, mereka akan terpenjara dan hidup terkongkong kerana dikawal oleh peraturan-peraturan Allah. Sedangkan ianya merupakan satu kunci untuk roh bebas terbang kepada Allah SWT. Apabila mereka menjauhkan diri atau melanggar peraturan-peraturan Allah dan menurut akal mereka, sebenarnya mereka menguncikan diri mereka di dalam sangkar. Inilah hakikat kehidupan manusia. Sehinggalah mereka dapat melihat ketika menghadapi sakaratul maut, baru mereka akan sedar. Ketika itu, ia sudah tidak berguna lagi.
Apabila seseorang itu mencintai harta, maka dia akan menjadi hamba kepada harta. Kalau dia mencintai pangkat, dia akan menjadi hamba kepada pangkat itu. Begitu juga, mencintai kaum keluarga, sanak saudara atau lain-lainnya, maka jadilah dirinya hamba kepada apa yang dicintainya. Sebaliknya, sesiapa yang mencintai Allah, dia akan bermujahadah dengan hawa nafsunya dan membebaskan diri dari belenggu yang mengikat rohaninya untuk mencintai Allah. Hanya kekasih Allah-lah memiliki hati yang mencintai-Nya, sentiasa mengingati-Nya, mencintai akhirat dan menangis kerana takut kepada-Nya. Pecah tumit kakinya kerana berdiri di malam hari menghadap Allah dengan rasa kehambaan. Perasaan kecintaan dan kehambaan yang tinggi kepada Allah menyebabkannya mengambil kehidupan dunia dengan amat sederhana.
Islam telah berjaya menguasai dunia dan menjadi model kepada kehidupan manusia. Islam telah menjadi kuasa yang amat ditakuti dan disegani kerana bukan sahaja menjadi contoh dalam aspek kerohanian tetapi juga dari segi akhlak peribadi dan pendidikan anak-anak. Rumahtangga orang Mukmin tertumpu kepada tujuan mencari cinta Allah. Suami menjadi pemimpin isteri, manakala isteri menjadi penasihat kepada suami dan mendidik anak-anak. Malah Islam telah berjaya melahirkan generasi contoh dalam pengurusan kehidupan manusia seperti dalam urusan ekonomi, politik, pentadbiran negara, intelektual, sosial dan sebagainya. Generasi ini menterjemahkan Islam yang syumul secara praktikal dan membincarakan permasalahan kehidupan manusia seperti kesucian diri dari hadas kecil hingga kepada kesucian pentadbiran negara dan dunia.
Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk melahirkan kembali generasi contoh yang hebat ini melainkan mengikuti kembali jalan-jalan mereka, peribadi, akhlak, ibadah, mujahadah dan pengorbanan jihad mereka. Mereka telah dididik oleh Rasulullah SAW dengan keimanan makrifatullah, keimanan yang hakiki. Diwajibkan ke atas mereka melakukan Qiamullail untuk melahirkan kecintaan kepada Allah, hati yang hidup dengan Allah. Mereka ditarbiyah dengan sentiasa membaca Al-Quran dan menghadiri majlis-majlis tazkirah untuk melahirkan dan menguatkan perasaan cinta kepada Allah. Kecintaan mereka ialah kecintaan kepada hati yang dzauq dan tubuh badan yang sihat. Segalanya berpunca dari hati sebab itu hati mestilah diutamakan dalam pendidikan manusia.
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya.
Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.
Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.
Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.
Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.
Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan.
Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.
Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.
Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.
Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.
Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.
Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them."
"So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."
"You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.
Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya.
Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.
Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.
Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.
Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.
Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.
Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
CS: Ya, ada perkara yang boleh saya bantu ?
P: Baik, setelah saya pertimbangkan, saya ingin menginstal software cinta-kasih. Bolehkah anda menolong saya menyelesaikan prosesnya?
CS : Ya, saya dapat membantu anda. Adakah anda sedia melakukannya?
P : Baik,tetapi saya tidak mengetahui caranya, tetapi saya bersedia untuk menginstalnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?
CS : Langkah pertama adalah membuka hati.html anda. Tahukan anda di mana hati.html anda?
P : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya boleh menginstalnya sementara program-program lain masih aktif?
CS : Program apa yang sedang aktif?
P : Tunggu kejap saya tengok dulu, program yang sedang aktif adalah sakithati.exe, minda.exe, dendam.exe dan benci.tmp.
CS : Tak apa. cinta-kasih.exe akan menghapus sakithati.exe dari minda.sys anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan diganti oleh program lain. cinta-kasih.exe akan menggantikan minda.exe dengan modul yang disebut percayadiri.sys. Tetapi anda harus membuang benci.exe dan dendam.exe. Program tersebut akan menyebabkan cinta-kasih.exe tidak terinstal secara sempurna. Dapatkah anda membuangkannya ?
P : Saya tidak tahu cara membuangkannya. Dapatkah anda menolong saya?
CS : Klik di Start menu dan aktifkan memaafkan.exe. Aktifkan program ini sekerap yang mungkin sampai benci.exe dan dendam.exe terhapus.
P : OK, sudah. cinta-kasih.exe mulai terinstal secara automatik. Apakah arahan ini betul ?
CS : Ya, anda akan menerima pesan bahwa cinta-kasih.exe akan terus diinstal berterusan dalam hati.sys anda. Apakah anda melihat arahan tersebut?
P : Ya. Apakah sudah selesai terinstal?
CS : Ya, tapi ingat bahawa anda hanya ada program dasarnya saja. Anda perlu mulai menghubungkan hati.sys yang lain agar mudah untuk mengupgradekannya.
P : Oops. Saya mendapat arahan error. Apa yang harus saya lakukan?
CS : Apa arahannya?
P : ERROR 412 - PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT". Apakah ertinya?
CS : Jangan khuatir, itu masalah biasa. Ertinya,program cinta-kasih.exe diset untuk aktif di hati.ext (hati external) tetapi tidak boleh aktif dalam hati.int (hati internal) anda. Ini adalah salah satu masalah pemprograman, tetapi dalam istilah teknikal ini bererti anda harus men-"CINTA KASIH"-i komputer anda sendiri sebelum men-"CINTA-KASIH"-i orang lain.
P : Lalu apa yang harus saya lakukan?
CS : Dapatkan anda klik pada direktori yang disebut "PASRAH"?
P : Ya, sudah.
CS : Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori "MYHEART". MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC,dan MENYEDARI-KEKURANGAN.TXT. Sistem akan menggantikan file-file error dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.
P : Sudah. HATI saya sudah terisi file-file baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahawa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM sudah dicopy ke HATI. Apakah ini betul?
CS : Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk mendownloadnya.Jadi CINTA.KASIH telah terinstal dan aktif. Anda harus boleh mengendalikan sendiri. Ada satu lagi hal yang penting.
P : Apa?
CS : CINTA.KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada oranglain yang anda temui. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali.
P : ok. Terima kasih atas bantuan anda.
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazali