Motivasi

Taat Kepada Pemerintah

Sudah sewajarnya bagi setiap Muslim mengetahui dan memahami cara bermuamalah dengan  penguasa (pemerintah). Berdasarkan kepada panduan...

08 Apr 2011 | 0 comments | Read more

Gagal VS Jaya

Manusia dijadikan dengan fitrah yang menginginkan keamanan dan kesejahteraan didalam hidup. Tetapi Allah tidak mengurniakan semua manusia ...

19 Jan 2011 | 0 comments | Read more

Adab Yang Terkubur

Makin diselimuti harta, kuasa dan pencapaian akademik yang tinggi, semakin bongkak seseorang itu boleh jadi. Bongkak sehingga tetamu pun ti...

09 Jan 2011 | 0 comments | Read more

Amalan Yang Dilupakan

Amalan yang disebutkan di dalam tajuk post ini ialah MENANG-MENANG. Di dalam organisasi, pelbagai panduan dari kitab motivasi dan psikolog...

09 Jan 2011 | 0 comments | Read more
Agama

Konsep Perayaan Dari Perspektif Islam

1) SEJARAH PERAYAAN DALAM ISLAM Perayaan AidilFitri dan AidilAdha dianugerahkan oleh ALlah sewaktu umat manusia telah berhijrah ke Madi...

25 Aug 2011 | 0 comments| Read more

Kenali Aidilfitri

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh ...

25 Aug 2011 | 0 comments| Read more

Renungan Akhir Ramadhan

Oleh: Abdullah Saleh Hadrami Allah ?subahanahu wa ta?ala memuji orang-orang yang melakukan ketaatan kepadaNya dalam fir...

25 Aug 2011 | 0 comments| Read more

Harga "Terima Kasih" Semakin Mahal...?

Mutakhir ini, nilai berterima kasih telah jauh terhakis dari dalam diri masyarakat. Terlalu sukar atau paya mahalkah untuk m...

08 Apr 2011 | 0 comments| Read more

Diari Pak Ngah

  • 23 Sep 2010 Ceramah Oktober 2010
  • 17 Sep 2010 Ceramah September 2010
Pendidikan

Siswa Berpolitik : Satu Pandangan

Rasanya isu ini telah lama muncul.  Sejak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diwujudkan ketika era mantan perdana menteri Tu...

19 Jan 2011 | 0 comments| Read more

Antara Pemimpin dan Pengurus Sekolah

Jika dibuat analogi (tamsilan) tentang industri pengangkutan kereta api, seseorang pemimpin membina konsep kereta api, mengenal pasti pasa...

16 Oct 2010 | 0 comments| Read more

Kebobrokan Disiplin Murid

PENGENALAN “ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “ Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial ”, “ Buli gugat semangat bel...

16 Oct 2010 | 0 comments| Read more

Pendidikan Seks dari Perspektif Islam

DA empat perspektif Islam mengenai konsep pendidikan seks. -Dilihat secara menyeluruh kerana pelaksanaannya mahukan sebuah sistem kehidupan...

19 Sep 2010 | 0 comments| Read more
Keibubapaan

Adab Yang Terkubur

Makin diselimuti harta, kuasa dan pencapaian akademik yang tinggi, semakin bongkak seseorang itu boleh jadi. Bongkak sehingga tetamu pun ti...

09 Jan 2011 | 0 comments| Read more

Amalan Yang Dilupakan

Amalan yang disebutkan di dalam tajuk post ini ialah MENANG-MENANG. Di dalam organisasi, pelbagai panduan dari kitab motivasi dan psikolog...

09 Jan 2011 | 0 comments| Read more
Fotografi

Lensa merupakan bahagian utama kamera yang terdiri daripada susunan elemen optik yang berfungsi untuk menangkap gambar di hadapan kamera s...

25 Jan 2015 | Read more
Cinta

Doa Mencari Jodoh

 doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’. Wallhu a'la...

27 Sep 2010 | Read more
Teknik Belajar

Kemahiran Mengingat

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uan...

19 Sep 2010 | Read more
Info

Hilang Telefon Bimbit...?

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lag...

24 Apr 2011 | Read more
Bahasa

Bahasa

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Beberapa sarjana bahasa telah memberikan hujah masing-masing dalam mendefinisikan bahasa.  Antaranya Sa...

18 Sep 2010 | Read more
Renungan

Kebangkitan Rakyat Mesir : Saat Sekutu Israel Dijatuhkan Allah

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Can...

02 Feb 2011 | Read more
Tinta Pak Ngah

Menelusuri Sirah Insan Kamil - Nukilan : Pak Ngah 1432H

Menelusuri tawarikh 12 RabiulawalTika maulid dirimu kekasih RabbiMuhammad Ibni AbdillahHingga terpadam nyalaan sembahan MajusiRetaknya tian...

18 Feb 2011 | Read more
Video

Kalendar Hijrah

TERKINI

Adil dan Zalim

Adil itu ialah satu sifat yang paling hampir kepada taqwa. Kupasan dan maksud adil sangat luas. Adil pada pandangan Islam jauh berbeza dari apa yang difaham oleh orang yang bukan Islam atau orang Islam sendiri yang tidak terdidik secara Islam.
Adil bukan bererti saksama. Adil bukan juga bererti sama rata. Adil ialah menaruh hak pada yang hak, walaupun pada zahirnya, ia nampak tidak seimbang. Hendak berlaku adil pula bukan mudah. Contohnya, kalau kita benci dan tidak suka pada seseorang itu, apa sahaja yang dia buat, kita rasa tak betul dan tak kena. Tapi kalau kita suka dan sayang pada seseorang itu, segala apa yang dia buat semuanya betul belaka.
Punca berlakunya perkara ini ialah kerana kepentingan diri. Kepentingan diri kita itu kita lebihkan. Menyukai dan menyayangi seseorang itu dan kemudian menyebelahinya dan melebihkannya dalam segala hal termasuklah dalam maksud kepentingan diri. Kepentingan diri, tidak semestinya dihala kepada diri sendiri sahaja. Kepentingan diri termasuk juga yang bersangkut-paut dengan orang-orang yang ada kena-mengena dengan kita atau orang yang kita sayang, baik isteri, keluarga, anak-anak, ahli kumpulan kita, "clique" kita, kroni kita dan lain-lain lagi.
Kepentingan diri inilah yang menjadi punca berlakunya huru-hara di kalangan manusia. Setiap orang melebihkan pihaknya. Setiap kali pihaknya dilebihkan, maka akan berlakulah kekurangan di pihak yang lain. Pihak yang lain itu akan merasa dikurangi, dizalimi, ditindas, ditekan dan dianiaya. Mereka pun bertindakbalas. Maka berlakulah krisis dan pergaduhan yang membawa kepada perpecahan dan permusuhan.
Melebihkan kepentingan diri ini pula ada dua bentuk.
Ada yang dilebihkan dengan niat.
Ada pula yang dilebihkan secara spontan.
Secara yang dilebihkan dengan `niat`, yang dirancang, yang disusun dan yang diatur, sudah pastilah jahat. Ia didorong oleh nafsu jahat dan sifat-sifat mazmumah dan keji yang bersarang dihati.
Akan tetapi, kadang-kadang kita tidak mahu jahat. Kita tidak mahu melebihkan kepentingan diri kita dan kita tidak mahu berat sebelah dalam membuat pertimbangan tetapi ia terjadi juga. Ini kerana melebihkan kepentingan diri ini boleh berlaku secara spontan atau secara tidak sedar.
Ia banyak membuatkan kita silap dan tersalah dalam membuat pertimbangan. Kita tidak perasan dan tidak sengaja. Justeru itu, kita tidak dapat mengawal perasaan dan tindak-tanduk kita. Perkara ini selalu terjadi dalam kehidupan kita seharian.
Kadang-kadang, kanak-kanak dalam satu kampung bermain dan kemudian berkelahi. Ini biasalah bagi kanak-kanak. Tetapi apabila kanak-kanak itu sedang berkelahi, membaling-baling batu atau bergumpal-gumpal di atas tanah, spontan si ibu jadi cemas dan tidak sabar. Datanglah si ibu untuk menyelamatkan anaknya dan memarahi atau memukul anak yang seorang lagi. Ibu anak yang kena pukul itu pula spontan jadi marah. Maka dia pun turun untuk membela anaknya. Maka berkonfrantasilah kedua-dua ibu itu. Kadang-kadang terus bergaduh dan bertarik-tarik rambut. Paling tidak bermasam-masam muka dan bertukar-tukar kata-kata kesat dan menyindir. Belumpun kedua-dua ibu itu selesai bergaduh, kedua-dua anak tadi berbaik semula dan bermain bersama seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Begitu juga dalam keluarga yang memanjakan anak bongsu. Apa sahaja yang dibuat oleh anak bongsu itu semuanya OK. Ayah tidak pernah marah. Ibu pun tidak pernah marah. Kalau anak bongsu itu bergaduh dengan kakak-kakak atau abang-abangnya, kakak dan abangnyalah yang kena marah. Walaupun nyata anak bongsu itulah yang nakal dan yang memulakannya.
Dalam kedua-dua kejadian di atas, tidak pernah dipersoal siapa benar dan siapa salah. Hanya siapa yang lebih disayangi. Orang yang kita sayang itulah yang benar. Yang kita kurang sayang itu secara automatik dianggap salah. Ini bukan keadilan. Ini pertimbangan yang berat sebelah. Begitulah sukarnya untuk membuat pertimbangan dan berlaku adil kalau kita terlalu melebihkan kepentingan diri, lebih-lebih lagi kepentingan diri yang berlaku secara spontan yang di luar kawalan kita dan yang kita tidak sedar.
Hanya hati yang sentiasa bersama Tuhan, yang sentiasa merasakan kehadiran Tuhan dan yang penuh dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaan sahaja yang dapat mengawal kepentingan diri secara spontan ini dari menguasainya. Untuk mengawal kepentingan diri secara spontan ini bukan mudah dapat dicapai, tetapi ia tetap perlu untuk memupuk keluarga atau masyarakat yang adil dan harmoni.
Itu sebab untuk menjadi adil, untuk mencetus kasih sayang sesama manusia, untuk menjadi orang yang bertimbang rasa, kita perlu kepada Tuhan. Hanya apabila Tuhan diimani, dicintai dan ditakuti, barulah mudah bibit-bibit ini disemai di dalam hati kita.
PEMBAHAGIAN KEADILAN DAN KEZALIMAN

Kalau kita hurai dengan lebih terperinci lagi tentang keadilan dan kezaliman, ia boleh dibahagi pula kepada empat bahagian:

1. Keadilan dan kezaliman kepada Allah SWT
2. Keadilan dan kezaliman kepada manusia
3. Keadilan dan kezaliman kepada diri sendiri
4. Keadilan dan kezaliman kepada haiwan
 
Pertama: Keadilan dan kezaliman kepada Allah SWT
Sebagai contoh, jika bertembung kehendak Allah SWT dengan kehendak kita seperti waktu sembahyang sudah tiba dan waktu itu juga kita hendak membuat kerja kita atau bos kita, kenalah kita dahulukan kehendak Allah SWT iaitu kerjakan sembahyang lebih dahulu. Itu dinamakan adil kepada Allah SWT. Jika didahulukan kehendak kita atau kehendak bos kita hingga tertinggal sembahyang, hukumnya kita menzalimi Allah SWT.
Sebagai contoh yang lain, kalau kita mendahului undang-undang Allah Taala di dalam membuat hukum atau mengatur kehidupan, kita telah berlaku adil dengan Allah SWT. Tapi kalau kita tolak hukum Allah Taala, kita ganti dengan hukum kita atau hukum manusia maka kita dianggap menzalimi Allah Taala kerana kita tidak meletakkan hukum Allah SWT pada tempatnya. Seterusnya qiaskanlah kepada perkara-perkara lain.
 
Kedua: Keadilan dan kezaliman kepada manusia
Sebagai contoh, dengan kedua ibu bapa kita hormati dan kita utamakan daripada isteri kita. Penghormatan dan keutamaan itu sudah kita letakkan pada tempat yang betul. Kita telah berlaku adil. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, isteri kita lebih kita hormat dan utamakan daripada ibu bapa kita, kita telah berlaku zalim kerana meletakkan sifat hormat dan keutamaan itu bukan kepada tempatnya yang sebenarnya.
Sebagai contoh yang lain, kalau kita orang yang berkuasa, kita naikkan pangkat seseorang itu atas dasar kesungguhan dan kemampuan kerja, lama pula sudah bekerja, maka kita telah berlaku adil kerana kita naikkan pangkat itu sesuai dengan orang pada tempatnya dan sepatutnya.Tapi kalau berlaku sebaliknya, kita naikkan pangkat seseorang itu bukan atas dasar kebolehan, kesungguhan dan lama bekerja tapi atas dasar dia pandai mengambil hati kita, atau dia orang kita, walaupun tidak layak, kita naikkan juga pangkat. Maka kita telah berlaku zalim kerana memberi pangkat seseorang bukan pada tempatnya iatu bukan orang yang sepatutnya. Qiaskanlah kepada yang lain-lain seperti memberi projek, memberi anugerah cemerlang dan lain-lain lagi.
 
Ketiga: Keadilan dan kezaliman pada diri sendiri
Seperti Allah SWT menjadikan kita untuk beribadah, maka kita tetap menjadi orang beribadah. Maka kita telah berlaku adil kepada kita kerana kita telah meletakkan diri kita pada tempatnya yang sebenarnya. Jika berlaku sebaliknya iaitu kita tidak beribadah atau cuai beribadah kepada Allah Taala ertinya kita sudah tidak meletakkan diri kita pada tempatnya yang sebenarnya maka kita di kira menzalimi diri sendiri.

Sebagai contoh yang lain, Allah Taala menjadikan mata, telinga dan lain-lain anggota dengan tujuan untuk melihat, mendengar dan lain-lain lagi kepada yang dihalal atau diperintah oleh Allah Taala seperti melihat kebesaran Allah Taala, melihat dan membaca Al Quran, melihat ciptaan Tuhan agar terasa Maha Kuasa Allah Taala, kita telah berlaku adil pada diri kita. Jika berlaku sebaliknya, seperti melihat perempuan-perempuan yang bukan muhrim. Melihat dan mendengar gambar-gambar dan perkataan-perkataan yang lucah, kita telah menzalimi diri kita kerana kita sudah tidak meletakkan lagi diri kita (anggota kita) pada tempatnya yang sebenarnya. Seterusnya qiaskanlah anggota-anggota yang lain.
 
Jika kita tidak dapat berlaku adil kepada diri kita sendiri ertinya kita melakukan kezaliman kepada diri kita sendiri. Kalau kita tanpa berhenti dan bertaubat kepada Allah, Nerakalah padahnya.Kalau diri kita yang kita sayangi kita tidak berlaku adil bahkan kita menzalimi, apakah ada satu jaminan yang kita boleh berlaku adil kepada manusia atau makhluk yang lain? Apakah kita boleh menyayangi orang lain daripada diri kita? Kalau kita tidak sayang pada diri kita, bolehkah kita menyayangi diri orang lain, kalau kita sanggup menzalimi diri sendiri, apakah jaminan kita tidak menzalimi orang lain?
 
Di dunia hari ini penuh dengan penzaliman.
Setelah kita memahami erti keadilan menurut Islam, bahawa tidak syak lagi, dunia pada hari ini penuh dengan kezaliman dengan berbagai-bagai bentuk dan berlaku di dalam berbagai-bagai aspek kehidupan yang dilakukan oleh individu, kaum, puak, parti, golongan dan bangsa. Tidak ada bumi di dunia ini yang tidak berlaku penindasan dan penzaliman itu, sama ada menusia itu sedar atau tidak. Berlakunya penzaliman terhadap Allah Taala, penzaliman terhadap manusia, penzaliman terhadap haiwan dan penzaliman terhadap diri sendiri. Kemudian penzaliman itu ia berlaku pula di dalam berbagai-bagai aspek.
Penzaliman itu ia berlaku di dalam pendidikan, berlaku di dalam ekonomi, berlaku di dalam politik, di dalam pentadbiran, di dalam kemasyarakatan, di dalam ketenteraan, di dalam kebudayaan, di dalam kekeluargaan, di dalam perhubungan antarabangsa dan lain-lain lagi.
Justeru itu tidak hairanlah kita bahawa di mana-mana sahaja di muka bumi Tuhan ini, tidak ada tempat yang tenang yang tidak ada pergolakan, di sana-sini berlakunya berbagai-bagai krisis, perselisihan, pergeseran, pergaduhan, jauth-menjatuhkan, kata-mengata, umpat-mengumpat, fitnah-menfitnah, hina-menghina, pakatan jahat atau konfrantasi, tangkap-menangkap, tuduh-menuduh, demontrasi, pemberontakan seterusnya peperangan.

Di dalam seseorang atau satu puak atau satu golongan atau satu parti atau satu bangsa itu dizalimi, di masa yang sama mereka menzalimi pula. Di dalam satu sudut mereka kena zalim, di sudut yang lain mereka menzalim pula. Di dalam mereka dituduh, mereka menuduh pula. Jadi zalim-menzalim itu telah berlaku di antara satu sama lain, di antara satu puak dengan satu puak. Kalau begitu di mana golongan yang adil?
Sesetengah mereka kalau tidak menzalimi manusia, mereka menzalimi Allah Taala. Kalau tidak menzalimi Allah Taala, mereka menzalimi manusia. Kalau tidak mereka menzalimi manusia atau Tuhan, mereka menzalimi haiwan. Kalau tidak mereka menzalimi haiwan, manusia atau Tuhan, mereka akan menzalimi diri sendiri sehingga yang paling kejam iaitu bunuh diri. Bahkan ada yang lebih kejam lagi dari itu iaitu mereka menzalimi Tuhan, menzalimi manusia, haiwan dan diri sendiri.
 
Cara menegakkan keadilan
Sebelum ini kita telah memperkatakan bahawa fitrah semulajadi manusia suka kepada keadilan. Justeru itu mereka ingin kepada keadilan dan sentiasa bangun untuk berjuang menegakkan keadilan. Di waktu ini hampir setiap hari kita mendengar, membaca bahkan memperkatakan keadilan. Memang perkataan keadilan itu lebih banyak disebut orang daripada sifat-sifat mahmudah yang lain.
Tadi kita telah memperkatakan bahawa kezaliman itu telah merata berlaku kepada setiap individu, kelompok, puak, parti, golongan dan bangsa. Ia berlaku berbagai-bagai bidang dan aspek hingga kezaliman itu dilakukan pada diri sendiri. Dunia hari ini sudah penuh dengan penzaliman.
Kalaulah penzaliman telah rata berlaku di dunia hari ini hampir tidak ada manusia yang tidak dijangkiti. Oleh yang demikian siapalah yang hendak kita harapkan untuk bangun menegakkan keadilan sekaligus menumpaskan kezaliman?

Di sinilah rahsianya mengapa pejuang-pejuang keadilan belum berjaya menegakkan keadilan sekaligus menumpaskan kezaliman. Kerana di samping mereka ingin menegakkan keadilan dan menumpaskan kezaliman, mereka juga membuat zalim. Bahkan adakalanya satu-satu golongan itu berjaya menumbangkan satu golongan yang berlaku zalim, mereka kemudiannya lebih zalim lagi daripada golongan yang sebelumnya selepas mereka berjaya.

Oleh itu yang penting di waktu ini ialah setiap orang dan golongan berusaha membaiki diri dan cuba bersungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan di dalam diri dan golongannya terlebih dahulu. Selepas itu perjuangkanlah keadilan itu, yang mana jika sifat keadilan itu telah wujud di dalam diri masing-masing dan di dalam golongan itu insya-Allah, golongan lain akan sedar dan insaf kerana model telah wujud dan Allah Taala akan memberi bantuan kepada orang yang telah menegakkan keadilan itu.

Inilah cara atau jalan keluar daripada penindasan dan penzaliman di dalam kehidupan manusia. Apabila penzaliman dapat ditumpaskan kerana masing-masing menegakkan keadilan di dalam diri mereka terlebih dahulu, secara automatik keadilan dapat ditegakkan di dalam kehidupan manusia, di dalam semua peringkat dan di dalam seluruh aspek kehidupan bermasyarakat.
 
Jauhilah perbuatan zalim
Di dalam ajaran Islam perbuatan menzalim sangat dilarang. Ia termasuk dosa besar kerana menzalim itu merosakkan kehidupan manusia. Sama ada fiziknya, hartanya, maruahnya, kedudukannya atau lain-lain lagi. Maka kerana itulah dosa menzalimi ini di dunia lagi Allah Taala akan menghukumnya atau membalasnya sebelum dilakukan di Akhirat. Lebih-lebih lagi kalau orang kita zalim itu ialah ibu bapa atau guru kita.
Justeru itu ada Hadis menyebut:Maksudnya: "Hendaklah kamu takuti doa orang yang dizalimi kerana tidak ada di antaranya hijab dengan Allah Taala."

Maksudnya, doa orang yang dizalimi terus Allah Taala terima sekalipun dia orang kafir. Maka akan nahaslah orang yang menzalim itu di dunia lagi.Oleh itu berhati-hatilah kita agar jangan sampai menzalimi makhluk Allah Taala kerana hukumannya akan berlaku didunia lagi. Sama ada cepat atau lambat, jangka pendek mahupun jangka panjang. Bentuk atau sifatnya yang sama dengan orang yang dizalimi atau Allah Taala datangkan dengan bentuk atau sifat yang lain. Adakalanya apa yang Allah Taala balas itu, orang yang menzalim itupun telah lupa di atas perbuatan zalimnya di suatu hari dulu.
Mungkin dia dihukum lambat sehingga dia tidak dapat hubungkaitkan dengan perbuatannya dahulu, kecuali orang yang prihatin atau peka sahaja yang sedar atau dapat hubungkaitkan.

Marilah sama-sama kita insaf, terutamanya penulis agar jangan kita menzalim. Kalau sudah terlajak cepat-cepatlah kita memohon maaf sebelum tibanya hukuman daripada Allah Taala, sama ada di awal, di pertengahan, atau di hujung hidup kita. Apatah lagi di Akhirat, sudah pasti tidak terlepas daripada hukuman.
Moga-moga Allah Taala sentiasa menjauhkan kita daripada perbuatan zalim. Amin
SEKIAN

Keempat: Keadilan dan kezaliman kepada haiwan
Kalau kita ada memelihara haiwan yang dibenarkan oleh Islam, kita beri tempat tinggal yang sepadan dan sepatutnya dengan haiwan itu. Kita beri makan dan minum sesuai dengan haiwan itu. Kalau perlu kita gunakan untuk bekerja, sesuai dan sepadan dengan kerja-kerjanya yang patut dengan haiwan itu, tidaklah sampai membeban atau memberatkan, maka kita telah berlaku adil dengan haiwan itu. Tapi kalau berlaku sebaliknya, tempat tinggalnya tidak sempurna, makan minum tidak cukup, dibebankan dengan kerja yang tidak sepatutnya, maka kita telah melakukan kekejaman dan kezaliman terhadap haiwan itu dan contoh-contoh yang lain bolehlah qiaskan sendiri.
 
MENEGAKKAN KEADILAN AMAT SUSAH
Setelah kita membahas, mengkaji, menganalisa tentang pengorbanan dan kehendak-kehendak sifat-sifat adil atau keadilan untuk dipraktikkan di dalam kehidupan kita, ia terasa sungguh oleh kita amat susah dan payah hendak dilaksanakan. Bukan sahaja sulit sekali untuk berlaku adil kepada Allah Taala, kepada manusia, kepada haiwan bahkan untuk berlaku adil kepada diri kita sendiri pun amat susah sekali.
Get this widget

Posted by Tuan Tanah Blog on 6:09 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Adil dan Zalim�

Post a Comment

Recent Entries

free counters

Photo Gallery