Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.
Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu
mengetahuinya dan menyimpan catatannya. Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan butang asterisk, hash, sifar, enam, dan hash (* # 0 6 #) tanpa ruang kosong. Nombor yang akan dipaparkan pada skrin ialah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telefon bimbit. Catatkan dan simpan di tempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi
khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor IMEI ini kepada mereka supaya ia boleh disenaraihitamkan. Sekiranya pencuri hendak menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana set / sistem telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.
Walau pun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah
cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.
Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefonbimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan. Lakukan sekarang dan sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara mara. Alang-alang sudah hilang biarlah telefon bimbit itu tidak dapat digunakan lagi.
Wallahu a'lam.
1. Keras hati dan zalim
- al-Baqarah: 75, 91, 93, 120, 145, 170
- an-Nisa’: 160
- al-Maidah: 41
2. Kebanyakannya fasiq dan sedikit beriman kepada Allah
- ali-Imran: 110
- an-Nisa’: 55
3. Musuh yang paling bahaya bagi umat Islam
4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan umat Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri
5. Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran
- al-Baqarah: 75, 91, 101, 140, 145, 211
- ali-Imran: 71, 78
- an-Nisa’: 46
- al-Maidah: 41
6. Menyembunyikan bukti kebenaran
- al-Baqarah: 76, 101, 120, 146
- ali-Imran: 71
7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka
- al-Baqarah: 87, 101, 120, 146
- al-Maidah: 41
8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Quran
- al-Baqarah: 91, 99
- ali-Imran: 70
9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran
10. Mencampur-adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil
11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya
- al-Baqarah: 76
- ali-Imran: 72, 119
12. Hati mereka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri
- al-Baqarah: 88, 120, 145, 146
13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan meyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah
- al-Baqarah: 94, 111, 113, 120, 135, 145
- al-Maidah: 18
14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin
15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap umat Islam
- al-Baqarah: 90, 105, 109, 120
16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian
- al-Baqarah: 90, 95, 96, 212
17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampau batas
- al-Baqarah: 100, 246, 249
- ali-Imran: 183, 184,
- an-Nisa’: 46
18. Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik
- al-Baqarah: 204, 246
- ali-Imran: 72
- an-Nisa’: 46
19. Mengada-adakan perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta
- ali-Imran: 24, 94, 183, 184
- al-Maidah: 41
20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap umat Islam
- al-Baqarah: 206, 212, 247
—–
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa” [QS 2:2]
Sudah terbukti, bukan?
Renung ke dalam diri, apakah kita ada menyerupai mereka?
Mohon dijauhkan oleh Allah!
Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir. Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka
itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"
Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini. wallhualam.

Awas!!! dengan kod-kod ini (please)
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis.. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan. Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan. Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141 .
Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA. Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia. Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000. Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut. Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar. Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil. Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.
Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut. Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport. Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.
Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ). Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya. Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam.
Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam. Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar. Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.
Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.
Maka jawabnya boleh kerana ada sahabat Nabi S.A.W. yang bersandar, yang tidak bolehnya apabila kita melunjurkan kaki atau meluruskan kaki kita itu kehadapan apabila kita sedang duduk sehingga menyebabkan orang tidak dapat duduk atau beribadat kerana kaki kita itu. Duduk yang paling afdol sunnah Nabi S.A.W. ialah duduk tahiyyat awal, duduk yang makruh ialah apabila kita angkat lutut dua kaki kemudian dipeluk kaki itu maka duduk seperti ini adalah makruh.
Bersandar sebab letih adalah boleh kerana ada sahabat yang solat dalam keadaan bersandar.Yang tidak bolehnya apabila menjadikan adab apabila masuk sahaja masjid terus cari dinding untuk bersandar, jadi kalau nak bersandar hendaklah kerana terlalu lenguh atau letih, janganlah jadikan bersandar di dinding atau tiang masjid sebagai adab apabila berada di dalam masjid.
"Iftirash " atau duduk antara dua sujud :
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya: "Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)….." Hadith sahih riwayat Bukhari.
Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadis)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT
KUALA LUMPUR – Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (
filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar
Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
kredit : kosmo.com.my

JIKA orang Yahudi selalu bermegah dengan hari Sabtu sebagai hari kebesaran mingguan mereka, orang Islam pula dengan hari Jumaat yang disifatkan penghulu segala hari dan hari raya mingguan umat Muslimin.
Jumaat mendapat penghargaan istimewa berbanding hari lain sehingga dalam al-Quran dinamakan satu surah iaitu al-Jumu'ah yang diturunkan di Madinah dengan 11 ayat.
"Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (al-Jumu'ah:9)
Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, ia dinamakan surah al-Jumu'ah (hari Jumaat) kerana pada ayat 9, Allah Taala memerintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan urusan kerja masing-masing seperti berjual beli.
Kitab itu menerangkan, dalam ayat terbabit Allah Taala menetapkan hari Jumaat sebagai hari besar mingguan bagi umat Muhammad s.a.w serta memerintahkan supaya mengadakan satu solat khusus menandakan kebesaran hari Jumaat menggantikan sembahyang Zuhur.
"Dengan ayat ini dan berikutnya Allah Taala perintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan kerja masing-masing seperti berjual beli dan kerja lain untuk mendengar khutbah dan mengerjakan solat Jumaat.
"Selesai solat Jumaat, mereka digalakkan untuk meneruskan usaha mencari rezeki sambil mengingati Allah.
"Mereka yang mematuhi ajaran Allah akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat," terang kitab itu.
Nabi s.a.w juga melalui hadisnya ada menjelaskan kemuliaan hari Jumaat sebagai hari raya mingguan umat Islam seperti dalam beberapa hadis yang dinukilkan dari kitab Ihya Ulumiddin karya Imam al-Ghazali.
Diriwayatkan Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah, maksudnya: "Bahawa ahli dua kitab itu (orang Yahudi dan Nasrani), diberikan kepada mereka hari Jumaat, maka bertengkarlah mereka, lalu berpaling daripadanya. Dan diberi petunjuk kita oleh Allah Taala untuk menerima hari Jumaat itu dan dikemudiankan oleh Allah memberikannya kepada umat ini dan dijadikannya menjadi hari raya bagi mereka. Maka adalah umat ini menjadi manusia yang lebih utama didahulukan dan ahli kedua kitab itu menjadi pengikutnya."
Melalui hadis lain Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Pada hari Jumaat, dijadikan Adam a.s., dia dimasuk ke syurga, diturunkan ke bumi, diterima taubatnya, dia meninggal dan berdirinya kiamat. Adalah hari Jumaat pada sisi Allah itu hari kelebihan. Begitulah hari Jumaat dinamakan oleh kalangan malaikat di langit iaitu hari memandang kepada Allah Taala dalam syurga." (Diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah)
Al-Ghazali dalam kitab terbabit berkata, hari Jumaat adalah hari besar dan agama Islam dibesarkan (dimuliakan) oleh Allah dengan sebab hari berkenaan.
Menurutnya, orang Islam dikhususkan dengan hari berkenaan dan diharamkan orang Islam melakukan urusan duniawi, malah setiap perbuatan yang menghalangi mereka daripada menghadiri masjid menunaikan solat Jumaat.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam hadis yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla mewajibkan atasmu solat Jumaat pada hariku ini, pada tempatku ini." (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Jabir)
Hadis berkenaan secara tegas memaklumkan kepada orang Islam mengenai kewajipan meraikan keistimewaan hari yang mulia itu dengan melakukan solat Jumaat. Sesiapa yang berkewajipan, tetapi tidak menunaikannya dikira berdosa.
Malah, Rasulullah s.a.w mengingatkan mereka yang sengaja meninggalkannya melalui sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa halangan, nescaya dicap oleh Allah pada hatinya." (Riwayat Ahmad)
Satu kisah diceritakan. "Datang seorang lelaki kepada Ibnu Abbas, menanyakan mengenai orang yang mati tidak menghadiri Jumaat dan solat Jumaat.
Lalu jawab Ibnu Abbas: "Dalam neraka."
Orang itu berulang kali menemui Ibnu Abbas selama sebulan lamanya, menanyakan yang demikian. Tetapi Ibnu Abbas tetap menjawab: "Dalam neraka."
Daripada hadis yang diriwayatkan Anas daripada Nabi s.a.w bahawa Nabi bersabda: "Datang kepadaku Jibril a.s dan pada tangannya sebuah cermin putih, seraya berkata: 'Inilah Jumaat, yang diwajibkan atas engkau oleh Tuhan engkau, untuk menjadi hari raya bagi engkau dan umat engkau sesudah engkau.'"
Lalu aku berkata: "Apakah yang ada untuk kami pada hari Jumaat itu?"
Jawab Jibril: "Engkau mempunyai waktu yang baik. Sesiapa berdoa padanya kebajikan, nescaya dianugerahkan dia oleh Allah atau dia tiada memperoleh bahagian, maka disimpankan oleh Allah bahagiannya yang lebih besar.
"Atau berlindung ia daripada kejahatan yang telah dituliskan kepadanya, nescaya dilindungi Allah yang lebih besar daripada kejahatan itu. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari pada kita. Kita bermohon kepada Allah pada hari akhirat, akan menjadi hari kelebihan."
Lalu aku bertanya: "Mengapa demikian?"
Maka jawab Jibril a.s: "Sesungguhnya Tuhan engkau Azzawajalla telah menjadikan dalam syurga sebuah lembah yang luas, dari kasturi putih. Maka apabila datang hari Jumaat, nescaya turunlah ia dari syurga yang tinggi di atas kerusinya.
Lalu jelaslah ia kepada mereka, sehingga mereka memandang kepada wajahnya yang mulia." (Diriwayatkan as-Syafie dan at-Tabrani daripada Anas, isnad daif)
Dalam hadis lain dinyatakan: "Bahawa tiap-tiap hari Jumaat Allah Azzawajalla mempunyai enam ratus ribu orang yang dimerdekakan dari api neraka."
Pada hadis yang diriwayatkan Anas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila selamatlah hari Jumaat, nescaya selamatlah segala hari."
Bersabda Nabi s.a.w, maksudnya: "Bahawa neraka jahim itu menggelegak pada tiap-tiap hari sebelum tergelincir matahari pada tengah hari di puncak langit. maka janganlah kamu mengerjakan solat pada saat itu, selain hari Jumaat. Maka hari Jumaat itu adalah solat seluruhnya dan neraka jahanam tiada menggelegak padanya."
Berkata Kaab: "Bahawa Allah Azzawajalla melebihkan Makkah dari segala negeri, Ramadan dari segala bulan, Jumaat dari segala hari dan Lailatul Qadar dari segala malam. Dan dikatakan bahawa burung dan haiwan yang berjumpa satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan: "Selamat, hari yang baik."
Nabi bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan Allah pahala syahid dan dipeliharakan Allah daripada fitnah kubur."
Di dalam buku Fatwa-fatwa Terkini oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Syeikh Abdullah bin Abdurahman al-Jibrin dan Syeikh Saleh bin Fauzan al-Fauzan ada menyatakan hari raya yang disyariatkan sudah diketahui kaum Muslimin iaitu Aidilfitri dan Aidiladha serta hari raya mingguan.
Hari raya mingguan yang dimaksudkan itu ialah hari Jumaat. Dengan ini tidak ragu lagi Jumaat adalah hari yang cukup besar dalam Islam.
Apa itu aurat?
Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.
Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :
Maksud ayat al-Quran,
Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.
(al-A`raaf 7:31)
Rasulullah saw bersabda:
“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”
(Hadith Riwayat Aththahawi)
“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)
“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)
Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak
Batasan-batasan aurat :
A.Aurat di khalayak awam
1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.
2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.
B.Aurat dengan ahli keluarga
1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut
C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)
1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.
D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut
Etika menutup aurat
1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya
2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.
3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.
4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.
Hukum melihat aurat
Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini
Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua
Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.
Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.
Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.
Akhir sekali.
Telah menjadi kewajipan kita semua untuk menegah segala kemungkaran mengikut kemampuan kita masing-masing. Dan kewajipan ke atas kita juga untuk bersama-sama membendung gejala negatif tersebut dari tersebar lebih meluas tanpa batasannya.
Semoga penulisan kali ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan orang-orang yang tahu malu.
Wallahua`alam.
*sedikit sumber maklumat di perolehi dari jawapan panel kemusykilan agama, JAKIM yang menceritakan perihal aurat berdasarkan pandangan mazhab Syafie.
Muhammad ibni Abdullah ibni Abdul Mutalib adalah insan agung yang membawa rahmat ke seluruh alam telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi. Gambar di atas adalah rumah tempat kelahiran baginda.
Gambar tapak rumah Rasulullah SAW bersama Saiditina Siti Khadijah AS, tempat mereka tinggal selama 28 tahun. Di sinilah tempat lahirnya putera dan puteri Baginda,antaranya ialah yang sulung bernama Qasim dan yang bongsu, puteri kesayangan baginda yang banyak juga mencipta sejarah dalam Islam iaitu Fatimah Az-Zahrah.
Sisa runtuhan bilik baginda dan Saidatina Khadijah
Runtuhan mihrab tempat baginda bersolat
Pintu masuk utama ke rumah baginda
Ruang tamu rumah baginda
Pandang dekat runtuhan rumah baginda
Lakaran pelan lantai rumah baginda
Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
Gambar kedudukan rumah Nabi Muhammad SAW dari google earth
Gambar-gambar di atas adalah beberapa bukti kejahatan wahabi yang telah menghancurkan rumah Nabi SAW dan isteri tercinta Baginda, Sayyidah Khadijah yang merupakan peninggalan bersejarah yang semestinya dirawat dan dijaga dengan baik.Peninggalan seperti ini merupakan tempat-tempat penting yang menjadi tempat bagi anak cucu kita generasi akan datang untuk mengenang nilai warisan Nabi Muhammad SAW seorang insan agung serta para sahabat. Tetapi kini telah dihancurkan bagi mengelakkan umat Islam mengenang kembali nabi Muhammad bin Abdullah sekaligus mempromosi nabi mereka Muhamad ibn Abd Wahab.
Wallahu a'lam.
Manusia ini dijadikan oleh Allah swt sebagai HAMBANYA dan KHALIFAH di atas muka bumi ini. Pastinya dalam menjalankan tanggungjawab tersebut kita berhadapan dengan pelbagai rintangan, dugaan, mehnah dan tribulasi yang merupakan ujian Allah kepada kita. Kita harus memahami bahawa DUNIA adalah ladang semaian, hasil ladang itu membawa kepada suatu ganjaran di Akhirat kelak.
Justeru sejajar dengan tabii manusia itu dalam menjalani liku-liku kehidupan pastinya kita berhadapan dengan "strees", tekanan yang akhirnya membawa kepada keresahan hidup.Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam sangat banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :

Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang.
Percampuran antara iman dan syirik.
Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya.
Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26)
Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam. Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain.
Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak.
Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedangkan pemikiran manusia amat terbatas.
Pengaruh makanan dan minuman haram ke atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar.
Adanya penyakit rohani yang membahayakan dan merosakkan peribadi dan martabat manusia seperti hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, riak dan sebagainya.
Kurangnya kesedaran rasa syukur sewaktu mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu mementingkan urusan duniawi.
Sentiasa diselubungi perasaan bersalah atau berdosa kerana telah melakukan perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan hati nuraninya sehinga terjadi konflik batin. Konflik batin ini menyebabkan gangguan fikiran seperti tidak tenteram dan tertekan.
Semoga dengan apa yang akan disampaikan dapat menjadi peringatan, nasihat dan bimbingan terutama pada diri kita dan seluruh kaum muslimin dan muslimat dalam rangka meyempurnakan displin kehidupan agar sentiasa memperoleh taufik, hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T.
Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun,sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. .
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.
Haji adalah rukun sebagaimana pegangan akidah muslim. Ibadah ini adalah satu ketetapan Illahi sejak azali lagi dan ianya berkait rapat dengan kepercayaan hari kebangkitan kelak ketika menghadapi tuhan Rabbul jalil.
Setiap ibadah mempunyai tatacara dan kaifiatnya yang tersendiri. Islam meletakkan kaedah-kaedah ini setelahmana usul dan qawaid diperbincangkan. Di sana timbullah kaedah "setiap yang bermula ada permulaannya" begitulah yang diungkapkan dari pengucapan bahasa Arab.
Tetapi ianya bukanlah satu perbincangan tuntas dalam memperkatakan soal kewajipan haji atau menyentuh aspek rukun dan sunat haji. Adanya ruang yang lebih luas untuk menghuraikan cabangan kaedah ini,lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kefardhuan Islam dan bagi Allah sahajalah yang selayakya untuk segala coretan yang bersifat baharu baik bersifat qadim.

Bersandarkan pada persepsi ini, bagi sesiapa yang diizinkan Allah untuk menunaikan kefardhuan haji pada tahun ini setelah segala persiapan yang bersungguh-sungguh dengan mendapat petunjuk untuk menjadi tetamu Allah. Pada tulisan ini penulis mengira mereka ini adalah golongan yang mengendong beg-beg mereka dan bermusafir kedua-dua tanah suci haram yang dimuliakan oleh Allah dengan permusafiran dan perjalanan yang sungguh bahagia.
Ziarah ke BaitillahilHaram ini adalah semulia-mulia kefardhuan dan dinilai tinggi di sisi Allah swt. Kefardhuan ini ditaklifkan oleh Allah kepada hambanya sejak awal penciptaan makhluk, malah sebelum penciptaan itu lagi Allah telah memilih tempatnya yang mulia lagi barakah ini. Tempat itu pada ilmu Allah Taala sejak azali lagi akan dijadikan kiblat bagi keseluruhan manusia kerana ianya berpusat pada kedudukan yang sama dengan Bait Ma’mur di langit yang keempat.
Anas bin Malik r.a meriwayatkan daripada Malik bin Sa’saah dengan katanya: berkata Rasulullah S.a.w: “aku telah dibawa ke langit keempat dan diangkat ke Bait Ma’mur. Kedudukannya bersetentangan dengan kaabah,jika runtuhnya ia maka mengenai kaabah. Pada setiap hari akan masuklah 70000 para malaikat kedalamnya lalu apbila mereka keluar dari situ mereka tidak akan kembali lagi ke arahnya''.
Pada satu aspek, Baitulllah yang mulia ini dianggap sebagai paksi bumi di antara timur dan barat dan juga menjadi satu pusat tumpuan penglihatan dan hati-hati manusia dari seantero dunia sejak dahulu hinggalah tiba kiamat kelak. Pada asas pembinaan Baitullah ini, ianya disempurnakan dalam beberapa peringkat:
Peringkat pertama: sebelum penciptaan abul basyar Adam a.s. sebagaimana diriwayatkan daripada Hasan bin Husein bin Ali bin Abi Talib radiyallahuanhum. Sesungguhnya seorang lelaki datang bertanyanya: "apakah asas permulaan tawaf bagi kaabah ini? Kenapa dan bagaimana? Maka jawab Ali kepada lelaki tersebut:" permulaan tawaf bagi kaabah ini ketika mana Allah taala berfirman kepada para malaikat: " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah….."Al Baqarah 30
Maka kata malaikat: '' wahai Tuhan! khalifah selain kami ini bakal merosakkan bumi menumpahkan darah dan bercakaran serta berhasad dengki. Lalu kata mereka lagi: jadikanlah khalifah itu di kalangan kami, nescaya kami tidak melakukan kerosakan,menumpahkan darah dan berhasad dengki bahkan kami ini golongan yang bertasbih, memuji dan menyucikanMu. Kami taat padaMu dan tidak ingkar.
Lalu Allah berfirman:
" Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."
Di dalam satu riwayat mengatakan:
" Allah s.w.t telah meletakkan di bawah arasy itu sebuah rumah yang berbucukan empat. Kemudian Allah berfirman kepada para malaikat: " tawaflah kamu semua di rumah ini (Kaabah), lalu bertawaflah para malaikat di Baitil Ma'mur yang telah disebutkan oleh Rasul s.a.w di mana ia dimasuki setiap hari siang dan malam oleh 70000 malaikat dan mereka ini tidak kembali. Kemudian riwayat ini juga menyebutkan Allah mengantarkan utusan dengan firmannya:
" binakanlah bagiku sebuah binaan di bumi seumpamanya ( Bait Ma'mur) dan seutuhnya, lalu Allah memerintahkan makhluknya yang berada di bumi bertawaf sepertimana tawafnya penduduk langit di Bait Ma'mur.
Peringkat kedua : iatulah pada zaman Adam alaihissalam setelah mendapat perintah Allah s.w.t. Perkara ini sebagaimana pendapat yang diberikan oleh sebahagian mufassirin. Imam Thabari ketikamana menghuraikan pada tafsiran firman Allah s.w.t:
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah".
Firman Allah pada ayat ini menurut huraian tafsiran Imam Thabari menunjukkan asas pembinaan kaabah bermula dengan tangan Abul Basyar Adam alaihissalam setelah diperintah Rabbul jalil lalu binaan ini kekal kesannya hingglah ke zaman nabi Ibrahim alaihissalam kemudian binaan ini ditinggikan oleh Ibrahim a.s bersama anaknya Ismail alaihissalam.
Al Imam Qurthubi pula mengulas di dalam tafsirnya dengan menjelaskan: " Setelah selesainya pembinaan kaabah, nabi Ibrahim a.s seraya menyeru manusia kepada haji dengan kata baginda: wahai Tuhan! Apakah akan sampai seruan suaraku ini? Berfirman Allah: serulah mereka, lalu berangkatlah Ibrahim memanjat bukit Abi Qubais lalu melaungkan seruan haji: " wahai Manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu semua menunaikan haji di rumah ini (kaabah) supaya diganjarkan kamu dengan syurga dan melepaskan kamu dari azab neraka.
Lalu seruan tersebut disahut dengan laungan talbiah oleh umatnya. Pengsyariatan haji pada zaman Ibrahim Alaihissalam sangat berbeza, mengikut riwayat yang diambil melalui ibn abbas dan ibn Jabir menceritakan syariat haji pada zaman itu berasaskan seruan Nabi Ibrahim. Sekiranya pada satu tahun diseru dengan sekali maka diwajibkan sekali sekiranya dua kali penyeruan itu lalu umat pada ketika itu akan melakukan haji secara dua kali" .
Peringkat ketiga: Pada peringkat ini ulamak mengambil fakta berdasarkan kedatangan Amaliqah (satu puak selepas zaman nabi Ibrahim) dengan membuat pembinaan dan pemulihan semula. Namun disana juga terdapat pendapat yang bersandarkan riwayat daripada Abd Mun'im bin Idris daripada Wahab bin Munabbih dengan katanya: orang yang memulakan binaan kaabah dengan menggunakan salutan batu dan tanah adalah Syish a.s. Adapun pembinaan pada zaman Quraisy begitu masyhur. Pemulihan dan pembinaan ini berterusan secara berperingkat-peringkat sehinggalah 5 tahun sebelum kebangkitan Rasul s.a.w tajdid ini sentiasa dilakukan. Tiba pada zaman ketika kaabah di bawah penguasaan Quraisy pula, binaan kaabah telah dibina semula dengan menggunakan batu-batu wadi ini sebagaimana yang dinaqalkan oleh Imam Qurthubi di dalam Jami' ahkam Al quran dengan riwayat oleh abd Razak daripada Muammar daripada Abdullah bin Uthman daripada Abi Tufail. Rasul s.a.w adalah di kalangan mereka yang bersama-sama membantu pembinaan ini. Pada ketika pembinaan kaabah ditinggikan pada ketinggian 20 hasta. Ini sebagaimana yang di ceitakan di dalam catitan sejarah dan sirah nabawiyyah yang ianya tidak dapat dipadam.
Begitulah pembinaan dan pembaik pulihan sehinggalah ke zaman Malik Saudi dengan pemasangan 2 pintu masuk baru. Pemasangan ini terus menerus dengan pembaharuan system dari satu pemerintahan ke pemerintahan.
Pertama: pembaikan yang dilakukan pada zaman Malik Abd Aziz Rahimahullah pada 1944M/1363H.
Kedua: berlaku pada zaman Malik Khalid iaitulah dengan pemasangan pintu dengan salutan emas tulin.
Fardhu haji adalah satu rukun yang amat berbeza dengan rukun-rukun yang lain dari segala aspek terutamanya aspek praktikaliti yang teliti dan rumit serta memerlukan pengorbanan yang amat besar dan banyak. Kefardhuan haji adalah anasir yang terhimpun dari dua aspek yang seiring iaitulah jasadi dan harta. Ianya juga kadangkala tampak jelas sekali hikmah-hikmah yang tidak dapat dijelaskan dan dihuraikan dengan akal budi manusia yang terbatas ini. Perkara ini dijelaskan sebagaimana firman Allah di dalam surah Al Haj berkaitan dengan hikmah-hikmah pada beberapa bahagian rukun dan wajibnya tanpa menyentuh bahagian-bahagian yang lain. Firman Allah di dalam surah al-Haj 28-29:
" Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin."
"Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu."
Firman Allah lagi di dalam surah yang sama pada ayat yang lain :
"Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan ia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur".
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya".
surah al- Haj : 36-37
Melalui firman Allah ini, haji dinilai dari beberapa sudut ianya hanyalah pada pakaian semata-mata. Mungkin juga ada yang berpandangan dengan sendiri ianya pakaian yang menjurus ke arah ketaasuban yang sempit. Tetapi pada satu sisi pandangan lain ianya satu fitrah yang boleh disingkap dengan iktibar.
Di dalam diri manusia terdapat satu kecenderungan fitrah yang menular dan melebar luas berhasil dari pembentukan secara zahir dan rohani. Pada asas fitrah ini, Islam telah menegaskan segala bentuk ubudiah secara keseluruhannya. Ianya dapat dipraktikkan di dalam ibadah haji yang menyentuh dari segenap aspek samaada hati,pancaindera dan gerak geri perbuatan.
Haji pada isitilah dengan membawa maksud kata-kata dan perbuatan yang dilaksanakan pada waktu yang dikhususkan. Bagi seseorang yang mengerjakan haji dia akan melihat dan terhidang di mata kepalanya dengan syiar-syiar yang telah disebutkan Allah. Berdirinya di lapangan Kaabah lantas bertawaf sekitar Baitil Atiq rumah kecil yang dibina oleh Abul anbiya bersama anaknya. Perkara ini jelas di dalam firmanNya:
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim a.s bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ".
Al-Baqarah :127
Selesainya tawaf sekitar kaabah, sa'ie menjadi hala tuju seterusnya. Di sinilah terpaterinya sejarah seorang ibu yang penyabar. Ibu ini yang telah mengendong bayi kecil setelah ditinggalkan suaminya atas perintah Rabbul Jalil. Perkara ini terpahat sebagai satu syiar Islam sehingga dijadikan rukun haji. Safa dan marwah adalah tempat yang mulia dan agung bagi penunai haji. Perkara ini dijelaskan di dalam firman Allah:
" Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya……."
Peristiwa Ibrahim a.s yang telah diperintahkan untuk meninggalkan isteri dan anaknya ini tercatat di dalam lipatan sejarah. Peninggalan Ibrahim a.s ini disaksikan dengan firman Allah ketika baginda bermunajat dengan doanya memohon keselamatan kepada isteri dan anaknya. Firman Allah di dalam surah Ibrahim ayat 37:
" Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur".
Kesimpulannya, haji merupakan symbol kesatuan ummah dalam merealisasikan ketaatan terhadap Allah. Dari aspek yang lain, kesatuan ini menunjukkan tolenrasi Islam tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit untuk ibadah yang satu. Ianya juga di anggap simbolik kepada keadaan yang bakal ditempuhi oleh umat manusia setelah mengakhiri hayat mereka kelak. Di sanalah juga bakal wujudnya satu perhimpunan yang agung di atas lembaran mahsyar yang dahsyat.
*Penulis merupakan Lulusan al-Azhar dan Syria. Kini merupakan Staf Biro Dakwah dan Tarbiah ABIM Pusat.
Kuala Lumpur
23 Disember 06
Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa menemui Allah,sedangkan ia biasa melalaikan solatnya, maka Allah tidak mempedulikan sedikit pun perbuatan baik yang telah dikerjakannya. Hadist Riwayat Tabrani.
Solat akan menjadikan otak kita sihat" Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah' (Q.S Al Kautsar:2)
Akibat keterbatasan otak manusia, mereka tidak mampu mengetahui semua rahsia tentang rahmat, nikmat, anugerah yang diberikan oleh ALLAH kepadanya. Dr. Fidelma, seorang doktor neurologi di Amerika telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Setelah memeluk Islam dia amat yakin dengan rawatan secara Islam dan telah membuka sebuah klinik Pengubatan dengan Al Qur'an" Kajian rawatan dengan Al-Quran yang menggunakan bahan-bahan seperti yang terdapat dalam Al-Quran. Antaranya berpuasa, madu, jintan hitam dan sebagainya.
Menurutnya, dia tertarik untuk memeluk Islam ketika melakukan kajian saraf dia telah mendapati beberapa saraf dalam otak manusia tidak dimasuki darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara dengan normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa yang agak lama akhirnya dia mendapati bahwa darah tidak akan memasuki saraf tersebut kecuali seseorang itu sujud ketika bersolat. Saraf tersebut memerlukan darah untuk beberapa saat sahaja. Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian saraf tersebut mengikut kadar solat fardu. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi sesiapa yang tidak menunaikan solat, maka otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh itu, kejadian dan hidup manusia sebenarnya adalah untuk berpegang Islam "sepenuhnya" kerana fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama yang indah dan syumul ini.
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersolat walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan hilang pertimbangan dalam membuat keputusan secara rasional. Justeru, tidak hairanlah manusia ini kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan hal-hal yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang dilakukan adalah tidak sesuai dengan kehendak mereka kerana otak tidak dapat mempertimbangkan secara lebih rasional. Maka tidak heranlah timbul bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat ketika ini.
Setiap pagi kalau kita tinggal dekat masjid, maka akan terbangun mendengar azan subuh yang menyuruh kita melaksanakan solat subuh. Bagi mereka yang beriman segera berwuduk dan solat sama ada di rumah atau ke masjid terdekat. Mungkin timbul pertanyaan mengapa Allah memerintahkan kita bangun bersolat subuh?
Berbagai jawapan dari semua disiplin ilmu ditemui dan memberikan jawapan akan manfaat solat subuh itu. Dalam azan subuh juga akan terdengar kalimat lain dibandingkan dengan kalimat-kalimat yang dikumandangkan muazin untuk waktu-waktu solat yang lain, iaitu "ash shalatu khairun minan naum" yang bermaksud solat itu lebih baik daripada tidur.
Pernahkah kita cuba menghayati kalimat ini yang hanya dikumandangkan pada solat subuh, ketika kita semua sedang terlelap, dan tidak pada azan dalam solat lain?
Menurut satu penelitian yang sahih, pada jam 6 pagi sampai jam 12 tengah hari merupakan waktu puncak terjadinya serangan jantung kerana ketika itu berlaku perubahan tegangan saraf simpatis (istilah Cina:Yang) dan penurunan tegangan saraf parasimpatis (YIN) pada sistem tubuh.. Tegangan simpatis yang meningkat akan menyebabkan tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat dengan lebih cepat.
Pada tegangan saraf simpatis yang meningkat maka terjadi penurunan tekanan darah, denyut jantung kurang kuat dan ritmenya melambat. Terjadi peningkatan aliran darah ke perut untuk menggiling makanan dan berkurangnya aliran darah ke otak sehingga kita merasa mengantuk, pokoknya yang cenderung kepada keadaan istirahat.
Pada pergantian waktu pagi buta (mulai pukul 3 dinihari) sampai siang itulah secara diam-diam tekanan darah berangsur naik, terjadi peningkatan adrenalin yang berefek meningkatkan tekanan darah dan penyempitan pembuluh darah (efek vasokontriksi) dan meningkatkan sifat agregasi trombosit (sifat saling menempel satu sama lain pada sel trombosit agar darah membeku) walaupun kita tertidur.
Aneh bukan?
Hal ini terjadi pada semua manusia, setiap hari termasuk anda dan saya maupun bayi anda. Hal seperti ini disebut sebagai ritme Circardian/Ritme sehari-hari, yang secara kodrati diberikan Tuhan kepada manusia. Kenapa begitu dan apa keuntungannya Tuhan yang berkuasa menerangkannya saat ini.
Namun apa kaitannya keterangan di atas dengan kalimat "ash shalatu khairun minan naum"? Shalat subuh lebih baik dari tidur?
Secara tidak langsung hal ini dapat dirunut melalui penelitian Furgot dan Zawadsky yang pada tahun 1980 dalam penelitiannya mengeluarkan sekelompok sel dinding arteri sebelah dalam pada pembuluh darah yang sedang diseledikinya (dikerok).
Pembuluh darah yang normal yang tidak dibuang sel-sel yang melapisi dinding bagian dalamnya akan melebar bila ditetesi suatu zat kimia yaitu:
Asetilkolin. Pada penelitian ini terjadi keanehan, dengan dikeluarkannya sel-sel dari dinding sebelah dalam pembuluh darah itu, maka pembuluh tadi tidak melebar kalau ditetesi asetilkolin.
Penemuan ini tentu saja menimbulkan kegemparan dalam dunia kedokteran.
"Jadi itu toh yang menentukan melebar atau menyempitnya pembuluh darah, sesuatu penemuan baru yang sudah sekian lama, sekian puluh tahun diteliti tapi tidak ketemu".
Penelitian itu segera diikuti penelitian yang lain diseluruh dunia untuk mengetahui zat apa yang ada didalam sel bagian dalam pembuluh darah yang mampu mengembangkan/melebarkan pembuluh itu. Dari sekian ribu penelitian maka zat tadi ditemukan oleh Ignarro serta Murad dan disebut NO/Nitrik Oksida.
Ketiga penelitian itu Furchgott dan Ignarro serta Murad mendapat hadiah NOBEL tahun 1998.
Zat NO selalu diproduksi, dalam keadaan istirahat tidur pun selalu diproduksi, namun produksi dapat ditingkatkan oleh obat golongan Nifedipin dan nitrat dan lain-lain tetapi juga dapat ditingkatkan dengan bergerak, dengan olahraga.
Efek Nitrik oksida yang lain adalah mencegah kecenderungan membekunya darah dengan cara mengurangi sifat agregasi/sifat menempel satu sama lain dari trombosit pada darah kita.
Jadi kalau kita kita bangun tidur pada pagi buta dan bergerak, maka hal itu akan memberikan pengaruh baik pada pencegahan gangguan kardiovaskular.
Naiknya kadar NO dalam darah karena exercise yaitu wudhu dan shalat sunnah dan wajib, apalagi bila disertai berjalan ke mesjid merupakan proteksi bagi pencegahan kejadian kardiovaskular.
Selain itu patut dicatat bahwa pada posisi rukuk dan sujud terjadi proses mengejan, posisi ini meningkatkan tonus parasimpatis (yang melawan efek tonus simpatis). Dengan exercise tubuh memproduksi NO untuk melawan peningkatan kadar zat adrenalin di atas yang berefek menyempitkan pembuluh darah dan membuat sel trombosit darah kita jadi bertambah liar dan inginnya rangkulan terus.
Demikianlah kekuasaan Allah, ciptaannya selalu dalam berpasang-pasangan, siang-malam, panas-dingin, dan NO-Kontra anti NO.
Allah, sudah sejak awal Islam datang menyerukan shalat subuh. Hanya saja Allah tidak secara jelas menyatakan manfaat akan hal ini karena tingkat ilmu pengetahuan manusia belum sampai dan masih harus mencarinya sendiri walaupun harus melalui rentang waktu ribuan tahun.
Petunjuk bagi kemaslahatan umat adalah tanda kasihNya pada hambaNya. Bukti manfaat instruksi Allah baru datang 1400 tahun kemudian. Allahu Akbar.
Mudah-mudahan mulai saat ini kita tidak lagi memandang sholat sebagai perintahNya
akan tetapi memandangnya sebagai kebutuhan kita.
Sehingga tidak merasa berat dan terpaksa dalam menjalankan ibadah dan selalu shalat subuh didahului dengan shalat sunnah dan kalau dapat jalan ke mesjid.
Selamat shalat subuh dengan penuh rasa syukur pada Allah akan karunia ini.
Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genus, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab).. Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genus dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.
Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat merangsang (semacam senaman untuk otak), sebab itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.
Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Dalam pemerhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, jauh lebih berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain daripada pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus kepada sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah), di sini murid-murid ditekankan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walau pun kadang kala kelihatan lucu dan mengarut, tetapi apabila diteliti dengan serius apatah lagi sekiranya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi seperti Politeknik dan Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.
Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan serius tentang perniagaan. Pada akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan hanya akan lulus jika kumpulan (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!
Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ia dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini dapat merangsangkan otak supaya bertambah aktif.
Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan itelah menjadi adat atau budaya mereka. Ramai orang Jepun yang pandai? Adakah secara kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, komputer Dell Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dalam persatuan dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, tetapi memerlukan masa, mungkin beberapa generasi ? Persiapan awal adalah ketika ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik.
Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga dengan sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yang moron (bodoh/lembap) dan sudah tentu genus bodoh akan mengikut ke generasi si perokok.
Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7, bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Di Israel merokok dianggap begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walau pun hakikat nya Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi lembap, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
Lihat saja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, ke mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts dan hasilnya dengan penduduk berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana?
Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain daripada bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dalam pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ini memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.
Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan sepanjang 5 mukasurat penuh. Karangannya hanyalah tentang "Mengapa saya gemarkan tomato." Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.