1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Beberapa sarjana bahasa telah memberikan hujah masing-masing dalam mendefinisikan bahasa. Antaranya Sapir dalam buku tulisan John Lyons terjemahan Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi mendefinisikan bahasa adalah “semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar”. Buku ini juga memetik definisi daripada Bloch dan Trager yang terkandung dalam Outline of Linguistic Analysis (1942 : 2) sebagai “suatu sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial yang bekerjasama”. Sementara Hall dalam Essay of Language menegaskan bahasa ialah” institusi untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui simbol-simbol lisan-pendengaran yang arbitrari mengikut tabiat”.Menurut Lyons lagi, Robins menterjemahkan bahasa “bersifat remeh-temeh dan tidak memberikan maklumat tambahan, cuma mengandaikan… beberapa teori am tentang bahasa dan analisis linguistik”. Definisi bahasa oleh Chomsky yang dipetik John Lyons daripada Syntactic Structures (1957 : 13) terdapat sedikit perbezaan iaitu “Bermula daripada sekarang, saya akan menganggap bahasa sebagai suatu set ayat (finit atau Infinit). Setiap satu set ini mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terha Ferdinand de Saussure, seorang sarjana Linguistik Swiss mendefinisikan bahasa yang dititip daripada buku Pedagogi Bahasa tulisan Kamarudin Hj. Husin dengan “satu sistem isyarat yang yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya adalah bersifat psikologi. Menurutnya lagi erti dan bunyi itu tidaklah terpisah tetapi tergabung dalam satu rantaian ucapan menurut hukum-hukum tatabahasa”.
Dapatlah dirumuskan bahawa bahasa itu merupakan lambang-lambang bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia, bersistem atau mempunyai susunan tertentu. Turut mempunyai bentuk-bentuk tertentu, bertugas untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu, yang mengandungi makna untuk difahami oleh orang lain bagi mewujudkan interaksi sesama manusia.
1.2 Objektif
Berdasarkan kandungan kertas kerja ini, kita akan dapat mengetahui tentang .bentuk-bentuk ragam bahasa seperti mana yang diutarakan oleh Za’aba, serta contoh-contoh setiap klasifikasi ragam tersebut. Di samping itu juga diperihalkan kepentingan penggunaan ragam bahasa dalam pertuturan khasnya dalam masyarakat Melayu.
1.3 Kaedah Kajian
Bagi menyiapkan kajian ini, digunakan kaedah kepustakaan. Segala maklumat berkaitan yang diambil daripada buku-buku, juga daripada nota-nota kuliah yang diberikan oleh Tuan Pensyarah, diolah, dianalisa, disusun, dan digarap sebaik mungkin bagi menghasilkan kertas kerja yang bermutu. Di samping itu, menggabungjalinkan idea-idea dan pandangan pelajar sendiri.
1.4 Batasan Kajian
Kajian ini menghadkan hanya ragam bahasa Melayu yang telah dikemukan oleh Pendita tanah air terkenal iaitu Za’aba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad. Merujuk tulisan atau kenyataan beliau dalam karyanya ‘Ilmu Mengarang Melayu’ (1965). Bagi menghuraikan setiap klasifikasi ragam bahasa oleh Za’aba ini, contoh-contoh berkaitan yang diberikan serta dinyatakan adalah berdasarkan sebuah novel karya Rejab F.I. yang bertajuk ‘Matahari Di Hujung Malam’. Sehubungan dengan itu, dihuraikan secara ringkas kepentingan atau keistimewaan atau kepentingan penggunaan ragam bahasa semasa berinteraksi. Walaupun di dalam buku ini mungkin tidak dapat memenuhi setiap klasifikasi ragam bahasa yang dikemukakan oleh Za’aba, namun ianya menjadi pilihan atau bahan rujukan disebabkan tema dan persoalan cerita ini yang menarik. Bertemakan serta menyingkap persoalan manusia yang sememangnya lupa diri apabila mendapat sesuatu kesenangan. Kisah seorang guru yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti kemudiannya sanggup menyingkirkan pengorbanan isteri, anak, dan keluarga demi seorang yang lebih istimewa iaitu pensyarahnya sendiri. Ibarat ‘sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi’.
1.5 Definisi Konsep
Bahasa sebagaimana yang didefinisikan berdasarkan perisian komputer ‘Kamus Eja Tepat’ edisi 1997, adalah antaranya bermaksud ujaran, pertuturan atau omong, biasanya yang melibatkan sesuatu komuniti atau masyarakat. Manakala ‘ragam’ bermaksud jenis, aneka atau macam. Oleh itu ‘ragam bahasa’ menurut Za’aba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu (1965), mendefinisikan sebagai beberapa jenis bahasa yang khas yang merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajam hasilnya kepada faham pendengar dan pembaca. Dengan kata lain ragaman bahasa ini dapat dikatakan sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud tertentu.
2.0 KLASIFIKASI RAGAM BAHASA
Tidak ada bahasa manusia yang tetap, seragam mahupun tidak berubah-ubah. Semua bahasa manusia menunjukkan kelainan dalaman. Penggunaan sebenar berbeza antara satu kelompok dengan kelompok yang lain, dan antara satu penutur dengan penutur lain, dari segi sebutan sesuatu bahasa, pilihan kata, dan makna kata-kata tersebut, malah dari segi pemilihan penggunaan ayat khususnya dalam menyampaikan sesuatu hasrat atau mesej atau untuk menyatakan tujuan-tujuan tertentu. Pendek kata, wujud pelbagai keragaman dalam berbahasa.
Buku ‘Ilmu Mengarang Melayu’ karya Pendita Za’aba yang diterbitkan pada tahun 1965, menitipkan bahawa terdapat sejumlah lima belas ragam bahasa. Dinyatakan di sini keragaman tersebut iaitu :
i. Ragam Bahasa Sindiran
Iaitu perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Hanya disampaikan secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain. Ianya tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus-terang atau ditujukan tepat terhadap seseorang.
Dalam novel ‘ Matahari di Hujung Malam’, contoh berkaitan jenis ragam ini ialah “Kalau tidak ada sebabnya, masakan tempua bersarang rendah”. Kata-kata ini ditujukan oleh Cikgu Sharif kepada Cikgu Hamdan. Ia tentunya menyindir Cikgu Hamdan yang telah cedera dan dimasukkan ke hospital akibat dipukul oleh Zaidi dan kawan-kawannya. Cikgu Hamdan pasti mengetahui sebab berlaku kejadian tersebut atau mestilah berpunca daripada kesilapan Cikgu Hamdan sendiri. Namun begitu, sindiran berupa tuduhan ini tidak pula diluahkan secara terang-terangan oleh Cikgu Syarif. Begitu juga dengan dialog antara Syaharudin dan ayahnya, Pak Mahat yang berbunyi, “Berdrama sana, berdrama sini. Tak puas di atas pentas mereka berdrama pula di dalam kereta, di tengah sawah!”. Ini juga menunjukkan ragam bahasa menyindir iaitu bagaimana Shaharudin tidak terus-terang mengatakan isterinya Norhayati berkelakuan tidak senonoh bersama-sama Cikgu Hamdan, tetapi diarahkan pula dengan perkataan ‘drama’ yang membawa maksudnyayang sebenar.
Itulah antara ragam sindiran yang terdapat dalam karya ini di samping banyak lagi contoh yang lain. Jelaslah ragam jenis ini diujarkan dengan tujuan menyindir seseorang tetapi tidak diluahkan atau dinyatakan secara terang-terangan sebaliknya biasa diujarkan dengan mengarah kepada sesuatu yang lain.
ii. Ragam Bahasa Menggiat
Ragam bahasa jenis ini biasanya ditujukan tidak tepat kepada seseorang. Nadanya seakan-akan juga sindiran. Namun begitu tujuannya agak berbeza iaitu untuk mengusik, bergurau-senda atau kadang-kala bersungguh-sungguh betul, jika benarnya orang yang terkena atau dimaksudkan menjadi malu.Contohnya “Eh! Baik sungguh kau hari ini” Rahmat membuat penilaian. “Hm! Aku taulah. Kau seronok sebab Cik Juliana tu terpikat pada kau kan?” Seperti kata-kata Rahmat ini kepada Syaharudin, nadanya adalah menggiat kawannya itu bertujuan bergurau-senda. Namun begitu, seolah-olah juga menyindir kawannya yang cuba berbuat baik dengan pensyarahnya itu untuk kepentingan diri sendiri. Selain itu Rahmat yang menyebutkan “Kalau calang-calang belajar, hm … sia-sialah duit kita tu”. Maksud Rahmat yang sebenar adalah mengusik kawannya Syaharudin yang berbaik-baik dengan pensyarahnya sendiri sedangkan isterinya berkorban mengirimkan perbelanjaan buat suaminya membiayai perbelanjaan semasa belajar di universiti. Semuanya dilakukan demi ingin melihat suaminya berjaya menggulung segenggam ijazah. Sedangkan kawannya Syaharudin berseronok pula di universiti seolah-olah melupakan pengorbanan isterinya itu. Walaupun nadanya mengusik juga seakan-akan menyindir kawannya itu demi menyedarkan perbuatannya. Agak menarik pula ialah “Kau dah pikat burung dara di kampus ini, Din?” Walaupun ada ‘burung dara’ sebagai kiasan dan mengarahkan atau merujuk kepada pensyarahnya, Cik Juliana, kenyataan sebenarnya adalah Rahmat mengusik Syaharudin yang sengaja ingin memenangi hati pensyarahnya itu. Mengetahui pula tujuan Syaharudin yang ingin melepaskan perasaan marahnya terhadap isterinya yang lambat mengutuskan wang buatnya. Jika diteliti sehalus-halusnya, memang benar ragam jenis ini iaitu ragam bahasa menggiat, ada kalanya berupa sindiran secara sinis. Walaupun maksud sebenarnya mengusik atau bersenda-senda tetapi kemungkinan orang yang dimaksudkan itu mungkin terasa hati seperti kata pepatah ‘siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya’.
iii. Ragam Bahasa Mengejek
Ragam bahasa jenis ini pula bahasa yang mengata atau ditujukan tepat kepada seseorang atau kumpulan. Ia ditujukan dengan menggunakan perkataan yang tepat dengan gaya yang mengajukkan keburukan mereka itu. Juga perkataan-perkataan yang mempermain-mainkan seseorang itu dengan hasrat menjelaskan kebodohan atau jika ada orang lain yang mendengarnya akan mentertawakan seseorang yang dimaksudkan itu.
Contohnya “Hm! Kau ni takut yang bukan-bukan, Rahmat. Kalau macam tu tak merasalah kau bercinta di sini. Kau nak tunggu biar keluar U nanti? Kau nak tunggu rambut kau beruban?” Itulah contoh ragam bahasa mengejek yang dinyatakan oleh Syaharudin. Beliau mengujarkannya kepada kawan sebiliknya Rahmat yang masih bujang dan tiada berteman itu. Sedangkan dia seorang yang telah berkahwin, dan punya anak tetapi digilai oleh pensyarahnya sendiri yang masih belum berpunya. Ragam bahasa ini juga jelas dilihat dengan kata-kata Encik Jalal terhadap isterinya Puan Fauziah. Beliau seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada isterinya yang menjadi penyebab anaknya putus tunang dan hinggakan anaknya kembali semula kepada kekasih lamanya serta terlanjur akhirnya. Maksud sedemikian tersirat dalam dialog “Itulah kau! Dulu budak ni bertunang elok-elok dengan Cikgu Hamdan tu, minta diputuskan. Menuduh cikgu tu bukan-bukan pula. Sekarang ni ha, apa yang dah jadi?” Dari sini ternyata Encik Jalal mengejek isterinya yang disebabkabkan kebodohan sendiri, berlaku perkara yang memalukan mereka sekeluarga.
iv. Bahasa Terbalik
Ragam bahasa jenis ini menggunakan bahasa berlawanan daripada apa yang hendak dimaksudkan. Namun demikian, orang yang mendengar atau yang diajak bertutur akan faham akan maksud yang sebenar. Contohnya kata-kata Syaharudin, “Dia tu dah tua, kau tahu? Anak dara terlajak. Sebab itu dia nak cari orang berumur macam aku ni. Betul tak?” Namun kenyataan Syaharudin ini difahami Rahmat akan maksud sebenarnya.
v. Bahasa Merajuk
Bagi ragam jenis ini memperlihatkan tentang kekecewaan yang dialami seseorang. Biasanya ragam ini adalah bahasa yang digunakan oleh orang yang sedang kecewa atau berkecil hati kerana sebab-sebab tertentu.
Kata-kata Rahmat yang membayangi kekecewaannya kerana sering diperli rakannya yang bertanyakan mengapakah dalam umur sepertinya masih belum berkahwin, jelas menunjukkan ragam bahasa jenis itu iaitu “ Macam muka aku ni siapa yang hendak, Din …,” selar Rahmat sambil bangun manghadap cermin yang tergantung di dinding kamar mereka, “muka macam buah kelapa tua,” sambungnya sambil ketawa, merendah diri.
Selain itu, kekecewaan yang dialami oleh Shaharudin juga dapat dilihat dalam ragam bahasa ini. Tergambar betapa pedih dan kecewanya Shaharudin yang telah kehilangan segalanya iaitu kekasihnya Juliana, isterinya serta anaknya, dan juga keluarganya sendiri. Sehingga dia tidak sanggup kembali ke kampung halamannya selepas menghabiskan pengajiannya di universiti apalagi hendak berdepan dengan mereka itu. Kekecewaan dan kehampaan itu dapat dilihat melalui kata-katanya kepada Rahmat, “Aku tak akan pulang lagi ke kampungku, Rahmat,” “Ke mana kau, Din?” “Aku telah memilih Sabah atau Sarawak.”
vi. Bahasa Tempelak
Contohnya “You pula sengaja ambil kesempatan berhubungan dengan I. Tak begitu?” soal Juliana. Inilah salah satu contoh ragam bahasa tempelak yang terdapat dalam karya “Matahari di Hujung Malam” Kata tempelak yang ditujukan tepat oleh Juliana kepada Shaharudin. Ianya diluahkan disebabkan kemarahan Juliana terhadap Shaharudin yang mengambil kesempatan di atas perhubungan mereka berdua dengan memburuk-burukkan kesetiaan dan pengorbanan isterinya. Selain itu kata-kata orang kampung yang menempelak Zaidi dan rakan-rakannya yang sentiasa menyalahkan kakak iparnya sedangkan kelakuan buruknya jelas diketahui ramai. Demikian bunyinya, “Jika kumpulan teater itu buruk, nyatakan apa yang baik kumpulan anak-anak muda itu lakukan ha? Berapa banyak mereka sumbangkan wang untuk mangsa-mangsa banjir dan membantu pelarian Palestin itu. Katakan?” Ternyata tempelakan yang ditujukan tepat kepada Zaidi dan kawan-kawannya itu mengunci mulut mereka.
vii. Bahasa Herdik
Bahasa ini bunyinya seakan-akan bahasa tempelak tetapi nadanya agak lebih keras. Contohnya kemarahan Encik Jalal terhadap perbuatan anaknya yang telah memberi malu mereka sekeluarga. Kata-kata Encik Jalal, “Habis! Muka kita ni nak sorok di mana ha?! Sergah Encik Jalal pula sambil menudingkan jari telunjuk ke arah isterinya.
viii. Bahasa Melampau
Bahasa yang digunakan untuk membesar-besarkan dan melebih-lebihkan daripada perkara atau kedudukan yang sebenarnya adalah disebut ragam bahasa melampau. Contohnya ‘Mereka berpegangan sambil melihat anak-anak ikan kecil berkejar-kejaran di dalam air. Ah! Begitu mesra, bagai merpati sepasangan. Kebahagiaan membalut jiwa Syaharudin. Saat-saat begitu terasa bagaikan di syurga.
ix. Bahasa Merendah
Bahasa yang bertentangan dengan bahasa melampau. Contohnya, “Macam muka aku ni siapa yang hendak, Din …,” selar Rahmat. “Muka macam buah kelapa tua,” sambungnya lagi. Dalam bahasa ini, betapa merendah dirinya Rahmat berbahasa dengan rakannya Syaharudin.
x. Bahasa Naik
Bagi menyatakan sesuatu maksud, digunakan bahasa yang menyebutkan sesuatu daripada perkara yang paling rendah, kemudian beransur-ansur selangkah demi selangkah naik ke atas hingga ke puncaknya. Begitu yang diceritakan bagi menggambarkan persediaan dan suasana perkahwinan Norhayati dengan Cikgu Hamdan. ‘Tanpa persoalan panjang, tanpa persediaan hebat dan tanpa kenduri yang meriah, tiga bulan kemudian perkahwinan mereka dilangsungkan’.
xi. Bahasa Seruan atau Mengeluh
Bahasa yang digunakan ini juga untuk menyatakan kekecewaan yang dialami. Namun begitu, ianya tidak dapat diluahkan kesemua perasaan tersebut tetapi orang yang mendengarnya memahami dan mengerti betapa berat kekecewaan dan penderitaan yang ditanggung seseorang. “Ah! Sudahlah bang. Anak kita ni dah terlanjur. Kalau dibunuh mati pun perkara tu tak boleh diubat,”. Demikian kata-kata Puan Fauziah yang menyatakan betapa kecewanya hatinya dengan apa yang terjadi terhadap anaknya. Begitu juga rintihan Norhayati, apabila Syaharudin bertekad tidak mahu pulang ke kampung itu. Lebih dari itu, dia menuduh dirinya curang. Menduakan suami. Berlegar ke sana ke mari dengan Cikgu Hamdan. Ah! Betapa pahit, betapa tersayat dan betapa pedih hatinya!
xii. Bahasa Berulang
Dalam ragam bahasa jenis ini, digunakan bahasa atau perkataan yang diulang-ulang. Ini untuk menguatkan atau mengukuhkan maksud atau tujuan sesuatu kata itu. Contohnya ketidakpercayaan Pak Mahat terhadap kecurangan dan sikap buruk menantunya iaitu Norhayati. Penegasan Pak Mahat dalam hal ini jelas tergambar melalui kata-katanya, “Karut!” tengking Pak Mahat. “Semua itu karut! Fitnah!” herdiknya lagi sambil menepuk palang jendela. Perkataan ‘karut’ diulang bagi menyatakan maksud yang sememangnya ia tidak mempercayai langsung tuduhan anaknya Shaharudin terhadap isterinya, Norhayati. Selain itu dalam kata-kata, “Aku malu, Syahar! Aku malu! Mengapa kau bawa perempuan itu ke kampung kita ini ha? Kau tau apa orang-orang kampung mengata-ngatakan kita ha?”. Begitu kata pertama yang berjaya yang diluahkan oleh Pak Mahat setelah sekian lama berusaha untuk meluahkannya semenjak Syaharudin pulang ke rumahnya. Tergambar betapa malunya Pak Mahat dan isterinya di atas kelakuan sumbang anaknya yang membawa pulang wanita lain ke rumah sedangkan isteri dan anaknya masih ada tanpa dijenguk dan dihiraukan.
xiii. Bahasa Bertimbal
Bagi menyatakan sesuatu, digunakan bahasa yang mempertentangkan sesuatu dua keadaan yang seolah-olah berlawanan. Walaupun dalam karya Rejab F.I ini tidak menggarapkan ragam bahasa ini, dapat diberi contoh lain iaitu, Kendur berdenting-denting tegang berjela-jela Dekat tak tercapai jauh tak berantara.
xiv. Bahasa Bukan
Bagi ragam bahasa ini digunakan perkataan ‘bukan’ untuk mendahului sesuatu kata lain. Dalam karya ini, ragam ini dapat dilihat dalam kata-kata, “Bukan begitu, Ham,” Cikgu Syarif membuat kesimpulan dan “Bukan dia nabi kita. Segala ajaran dan perbuatannya mesti kita ikut!” Di sini digunakan kata ‘bukan’ mendahului kata-kata lain yang menunjukkan ragam bahasa bukan.
xv. Bahasa Jenaka
Ragam bahasa 0jenis ini memakai atau menggunakan satu perkataan yang membawa dua makna. Contohnya “Muka macam buah kelapa tua” yang membawa maksud sebenar iatu muka atau wajah yang tidak setampan mana. Walaupun zahinya perkataan tersebut melambangkan buah kelapa yang sudah tua.
Begitu juga jenaka Cikgu Syarif, “Hm! Macam mana cikgu? Jambatan tu dah emak cikgu hulurkan. Hm! Apa nak ditunggu lagi, lalui sajalah cikgu!” Perkataan ‘jambatan’ membawa dua maksud yang berbeza. Namun begitu dalam hal ini ‘jambatan’ tersebut membawa makna kebenaran menganggotai kumpulan teater yang telah diberikan oleh Cik Hamidah kepada anaknya Norhayati. Demikianlah huraian serta contoh-contoh berkaitan yang diberikan bagi membincangkan tajuk ragam bahasa ini.
3.0 KEPENTINGAN RAGAM BAHASA
Bahasa adalah milik manusia yang paling penting. Dengan bahasalah manusia dapat berhubung antara satu sama lain bagi menyampaikan sesuatu maksud, perasaan, pandangan, dan lain-lain lagi. Ternyata bahasa yang beragam-ragam ini pula mempunyai kepentingan yang sangat tinggi dalam kehidupan manusia seharian. Apalagi hidup dalam masyarakat yang bersifat homogen, dengan sikap-perangai yang berbeza-beza. Dan menjadi kewajipan serta tanggungjawab individu dalam masyarakat itulah menangani segala permasalahan bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni. Antara kepentingan ragam bahasa ialah :
i. Menyedarkan individu atau seseorang daripada bersikap negatif seperti ragam bahasa herdik atau menggiat ditujukan untuk yang pemalas,
ii. Mengeratkan kemesraan seperti ragam bahasa jenaka akan menimbulkan kemesraan di samping sesuatu tujuan sebenar dinyatakan secara bersahaja tanpa menimbulkan kemarahan atau kecil hati di pihak yang terkena.
iii. Menjaga air muka atau maruah orang lain walaupun berbahasa dalam keadaan yang marah. Namun begitu maksud sebenar akan difahami, contohnya ragam bahasa menyindir.
iv. Mewujudkan masyarakat yang bekerjasama, prihatin, bantu-membantu, tolong-menolong, ibarat pepatah ‘yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Demikian antara kepentingan ragam bahasa yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.
4.0 PENUTUP
Telah jelas ragam bahasa digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian. Sebagai manusia yang hidup dalam satu komuniti, saling berinteraksi, berhubungan, dan berkomunikasi, memang akan timbullah bahasa yang beragam-ragam. Walau bagaimanapun, telah jelas keragaman ini mewujudkan kelompok masyarakat yang saling mengambil berat antara satu lain, demi kebaikan bersama.
Kesalahan bahasa sering dilakukan oleh pengguna bahasa dan demikian juga pengguna bahasa Melayu tidak sepi daripada melakukan kesalahan bahasa. Ada banyak sebab pengguna bahasa Melayu melakukan kesalahan ketika menggunakannya. Salah satunya ialah sebab kekeliruaan. Dan, kesalahan menggunakan kata sendi di dan imbuhan pasif di merupakan antara yang kerap terjadi di kalangan pengguna bahasa Melayu.
Dalam makalah ini, penulis akan meneliti masalah kekeliraan penggunaan kata sendi di dan imbuhan pasif di. Elok kiranya diterangkan dahulu makna kedua-dua konsep tersebut. Pada mulanya, diterangkan dahulu kata sendi di.
Menurut Nik Safiah Karim, et al. (1994:168), awalan di ialah sejenis imbuhan awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja ayat pasif bagi ayat-ayat yang subjeknya asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Awalan di ini selalunya ditulis serangkai bersama kata dasar yang bergabung dengannya seperti digabung, dirotan dan diteliti. Perhatikan beberapa ayat di bawah yang
1.Permainan gasing hendaklah diberi nafas baharu.
2.Tangannya digigit oleh adik kecilnya.
3.Perbezaan
Kata sendi di pula ialah sejenis kata sendi nama yang digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat (Nik Safiah Karim, et al, 1994:252). Kata sendi ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya seperti di rumah, di belakang dan di kalangan guru.
Satu lagi hal yang penting dalam memahami kedua-dua konsep ini ialah awalan di tidak bertaraf perkataan, dan oleh hal demikian, hendaklah ditulis bergabung dengan kata dasarnya yang menyusulinya. Sementara itu, kata sendi di bertaraf perkataan dan boleh berdiri sendiri dalam ayat bahasa Melayu. Hal ini adakalanya tidak difahami oleh pengguna bahasa Melayu dan kerap membina ayat seperti ‘Dirumah saya ada telefon’ dan ‘Pelajar-pelajar yang nakal itu di rotan oleh guru besar.’ Dengan perkataan lain, kata sendi di yang sepatutnya ditulis terpisah ditulis serangkai manakala kata kerja pasif yang perlu ditulis serangkai, ditulis pula secara terpisah.
Perkataan ialah dan adalah merupakan dua perkataan yang amat lumrah digunakan dalam penulisan hari ini. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan agak sukar untuk menemukan tulisan yang tidak menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Kedua-dua perkataan ini dikatakan telah masuk ke dalam kosa kata bahasa Melayu belakangan ini. Hal ini akan menjadi jelas jika diteliti buku klasik Melayu Sejarah Melayu kerana dalamnya kita tidak akan bersua dengan perkataan ialah ataupun adalah. Demikian juga dalam Hikayat Hang Tuah, tidak ada penggunaan kedua-dua perkataan ini. Menurut Asmah Hj Omar (1994), perkataan ialah terbentuk daripada perkataan ia dan lah manakala adalah pula masuk ke dalam bahasa Melayu dari bahasa Indonesia. Perkataan ini digunakan sebagai padanan bagi kopula yang wujud dalam bahasa Belanda.
Walaupun perkataan-perkataan ini sudah begitu lazim di kalangan pengguna bahasa Melayu, namun terdapat kekhilafan di kalangan pengguna dalam hal penggunaannya yang betul dan mengikut aturan nahu Melayu. Menurut Tatabahasa Dewan (1994), kedua-dua perkataan ini termasuk kelompok kata prafrasa atau perkataan-perkatan yang diletakkan di awal atau di depan frasa. Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif (Nik Safiah Karim et al. 1994:245). Dan, kedua-dua perkataan adalah dan ialah merupakan jenis kata pemeri. Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat (Nik Safiah Karim et al. 1994:250).
Walaupun kedua-dua kata pemeri boleh digunakan untuk memerihal dan merangkaikan subjek dengan frasa, namun ada aturan untuk menggunakannya. Penggunaannya bukanlah secara sewenang-wenangnya. Sebenarnya, ada dua cara pemerihalan itu dapat dilakukan, iaitu secara persamaan atau secara huraian.
Untuk memerihalkan secara persamaan atau ekuatif, kata pemeri ialah digunakan. Perhatikan beberapa contoh penggunaan jenis ini di bawah:
Yang berbeza ialah bentuk dan sifatnya.
Bukti jelas ialah kita masih mempunyai program membantu rakyat yang termiskin.
Lokasi yang sering diberi tumpuan ialah kawasan perumahan, pusat perkelahan pinggir sungai dan pantai.
Dalam ayat-ayat di atas, kata pemeri ialah diletakkan di hadapan frasa nama bentuk dan sifatnya, kita, dan kawasan perumahan, pusat perkelahan pinggir sungai dan pantai. Kesemua frasa ini ialah frasa nama; oleh hal itu, perlulah disusuli kata pemeri ialah.
Sekarang kita perhatikan pula beberapa penggunaan kata pemeri adalah di bawah ini. Perkataan adalah digunakan untuk memerihalkan secara huraian atau kualitatif. Perhatikan beberapa contoh penggunaan di bawah:
Rumah yang dijual adalah terlalu kecil.
Tujuan projek itu adalah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi persatuan itu.
Seperti yang diperhatikan dalam ayat-ayat di atas, kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif seperti terlalu kecil dan frasa sendi nama untuk mendapatkan sumber sumber kewangan. Dengan yang demikian, yang menjadi jelas kepada kita bahawa kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama sahaja, manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Hal ini juga bermakna adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa nama dan frasa kerja, dan demikian juga ialah tidak boleh diletakkan di hadapan frasa kerja atau frasa adjektif ataupun di hadapan frasa sendi nama. Walaupun sudah ada aturan penggunaan sedemikian, namun kita sering bersua juga dengan ayat-ayat yang menggunakannya dengan salah, dan adakalanya digunakan secara tukar ganti, iaitu secara sewenang-wenangnya, seolah-olah kedua-dua kata pemeri itu bersifat sinomim.
Sekarang marilah kita perhatikan beberapa contoh penggunaan kata pemeri yang tidak betul dan pembetulannya di bawah: Mula-mula kita lihat kekhilafan penggunaan kata pemeri ialah.
*Tujuan projek ialah untuk mendapatkan wang sebanyak RM4 juta. (Sepatutnya: Tujuan projek adalah untuk mendapatkan wang sebanyak RM4 juta).
*Objektif DPKL membina rumah kos rendah antaranya ialah untuk menampung keperluan kediaman golongan berpendapatan rendah. (Sepatutnya: Objektif DPKL membina rumah kos rendah antaranya adalah untuk menampung keperluan kediaman golongan berpendapatan rendah).
Kini, kita perhatikan pula penggunaan kata pemeri adalah yang tidak tepat dalam contoh-contoh yang berikut:
*Peningkatan kos ini adalah akibat kenaikan harga bahan binaan. (Sepatutnya: Peningkatan kos ini ialah akibat kenaikan harga bahan binaan).
*Pelajar adalah aset penting negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan. (Sepatutnya: Pelajar ialah aset penting negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan).
*Kebanyakannya adalah pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan yang gerakannya dicetuskan oleh aktivitis Barat. (Sepatutnya: Kebanyakannya ialah pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan yang gerakannya dicetuskan oleh aktivitis Barat).
*Cadangan untuk mewujudkan program kerahan tenaga adalah suatu langkah yang positif. (Sepatutnya: Cadangan untuk mewujudkan program kerahan tenaga ialah suatu langkah yang positif).
Yang jelas daripada contoh-contoh yang dipaparkan di atas, masih terdapat kekhilafan di kalangan pengguna bahasa Melayu dalam hal menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Yang menjadi menarik di sini ialah sebahagian besar contoh dalam makalah ini dipetik daripada salah sebuah majalah popular, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka! Seperti yang kita ketahui, bahasa yang baik ialah yang tertakluk kepada aturan dalam bahasa tersebut. Jika pengguaannya mengikut kelaziman, kesewenangan, dan ketidakaturan, sudah tentunya akan menjadi kucar-kacir bahasa tersebut.
Daripada huraian di atas, jelas juga kepada kita bahawa adalah dan ialah tidak boleh diletakkan sebelum frasa kerja. Amalan meletakkan kata pemeri di hadapan frasa kerja memang menyalahi nahu Melayu. Oleh itu, kita perlu mengelakkan membina ayat-ayat seperti yang berikut:
*Hampir kesemua filem Barat adalah berorientasikan komersil (Sepatutnya: Hampir kesemua filem Barat berorientasikan komersil).
*Perjuangan sebelum merdeka ialah menuntut kemerdekaan dalam segala bidang, iaitu ekonomi, politik, dan sosial. (Sepatutnya: Perjuangan selepas kemerdekaan adalah untuk menuntut kemerdekaan ekonomi, politik, dan sosial).
*Sebelum merdeka perjuangan masyarakat jelas ialah menuntut kemerdekaan dalam semua bidang. (Sepatutnya:Sebelum merdeka perjuangan masyarakat jelas adalah menuntut kemerdekaan dalam semua bidang).
*Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia ialah menyediakan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat. (Sepatutnya: Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia adalah untuk menyediakan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat).
*Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari sempena Hari Raya Puasa. (Sepatutnya: Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari … atau Pelajar-pelajar dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari…).
*Kejayaan wanita dalam pendidikan mereka adalah disebabkan oleh kesedaran mereka sendiri. (Sepatutnya: Kejayaan wanita dalam pendidikan mereka disebabkan oleh kesedaran mereka sendiri).
Dalam hal penggunaan kata pemeri, terdapat suatu lagi amalan yang tidak betul. Amalan itu ialah penggunaannya yang bersifat kelewahan. Dengan erti kata yang lain, penggunaannya tidak diperlukan, tetapi digunakan dalam penulisan. Kita perhatikan contoh penggunaan seumpama itu di bawah:
1. *Dia ialah guru. (Sepatutnya: Dia guru).
*Masalah itu adalah merupakan masalah besar. Sepatutnya: Masalah itu merupakan masalah besar).
*Tindakan yang berterusan gejala maksiat. (Sepatutnya: Tindakan yang berterusan perlu bagi menutup semua gejala maksiat).adalah perlu bagi menutup semua
*Persembahan penyanyi itu adalah sungguh hebat. (Sepatutunya: Persembahan penyanyi itu sungguh hebat).
Seperti yang dipaparkan dalam contoh-contoh di atas, penggunaan adalah dan ialah tidak diperlu atau tidak wajib digunakan dalam ayat-ayat di atas. Dalam ayat 21, misalnya, sudah memadailah jika ayat tersebut dibina dengan dua frasa, iaitu ‘persembahan penyanyi itu’ + ‘sungguh hebat’ kerana ayat ini dibina berdasarkan pola FN + FA. Ayat ini tidak perlu kata pemeri adalah untuk memerihalkan secara persamaan atau ekuatif dalam frasa tersebut. Dalam ayat ini, persembahan penyanyi itu ialah frasa nama, manakala frasa adjektifnya adalah sungguh hebat. Dalam hal ini, pernah pelajar-pelajar saya berhujah bahawa meninggalkan kopula ialah dan adalah dalam ayat mencacatkannya, dan ada juga yang rasa janggal jika ayat tidak ada kopula. Nyata pandangan mereka itu tidak tepat kerana dalam bahasa tidak tertakluk kepada rasa janggal atau kepada rasa sedap atau tidak sedap. Rasa janggal dan tidak sedap itu timbul kerana pelajar-pelajar tidak biasa dengan 4 pola ayat dalam bahasa Melayu.
Mungkin gejala tersebut terjadi kerana pengaruh bahasa Inggeris. Oleh sebab wujud kata gerund seperti am, is, are, was, dan were dalam semua ayat bahasa Inggeris, maka pengguna bahasa Melayu pula mencuba memadankan kata-kata itu dengan kata pemeri adalah dan ialah. Sebenarnya, amalan memadankan gerund dengan adalah atau ialah dalam bahasa Melayu tidaklah tepat. Kata pemeri dalam bahasa Melayu digunakan untuk memenuhi fungsi-fungsi yang tertentu seperti yang dinyatakan pada awal makalah ini. Tidak wajar untuk memasukkan unsur yang tidak menjadi milik bahasa Melayu ke dalamnya.
Mudah-mudahan makalah ini sedikit sebanyak dapat membantu para pengguna bahasa Melayu menjadi lebih peka kepada aturan menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Dalam hal ini, penggunaannya berdasarkan aturan dan bukannya secara sewenang-wenangnya perlu ditegaskan oleh para pendidik kita kepada pelajar-pelajar terutamanya supaya kekhilafan ini dapat diperbetul. Marilah kita bersama-sama memantapkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita!
Sinopsis
1. Ringkasan cerita lebih kurang 100 - 150 patah perkataan.
2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
Tema dan Persoalan
1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
2. Persoalan bermaksud perkara-perkara atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
Watak dan Perwatakan
Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
Plot
Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubahsuai mengikut kemahuan pengarang.
Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
Peristiwa berkembang kepada peringkat pertenga-han cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
Teknik Plot
Teknik plot ialah cara pengarang mengem-bangkan plot ceritanya supaya menarik.
Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:
(a) Imbas kembali
i. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
ii. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b) Imbas muka
i. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
ii. Imbas muka dapat mewujudkan ke-yakinan di kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c) Saspens
i. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d) Konflik
i. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
ii. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam din watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
iii. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e) Kejutan
i. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
ii. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(f) Dialog
i. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
bii. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.
Latar
Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita. Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar. Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
(a) Latar tempat
Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.
(b ) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.
(c) Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
(e) Latar peralatan cerita dan watak
Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.
Sudut Pandanqan
Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.
Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.
Teknik sudut pandangan:
(a) Sudut pandangan orang, pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita iru dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.
(b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas
Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
(c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.
(d) Sudut pandangan objektif
Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.
Gaya Bahasa
Jenis Gaya Bahasa | Huraiannya |
(a) Diksi | bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya • harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
|
(b) Ayat | |
(c) Personifikasi | dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan • membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak. • contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan
|
(d) Metafora | |
(e) Simile | merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya • contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
|
(f) Hiperbola | |
(g) Sinkope | |
(h) Rima | |
(i) Asonansi | |
(j) Aliterasi | |
(k) Pengulangan | berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang daiam sajak
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD! Tambah mengimbau sorotan Kitab ESA!
|
| epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
|
(1) Perlambangan | merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda
|
Nilai
Antara contoh nilai ialah:
1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat-menghormati
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan mental dan fizikal
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat
dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.
Pengajaran
Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej
yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya
kepada pembaca/penonton.
Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung
tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
Jika nilai positif, mulakan dengan
- Kita hendaklah ……..
- Kita seharusnya…….
Jika nilai negatif, mulakan jawapan dengan
- Kita jangan….
- Kita tidak boleh….
…diikuti dengan contoh dalam teks.