Kalendar Hijrah

TERKINI

Sekolah Untuk Remaja Hamil : Apa Kata Anda ?

Berdasarkan berita tentang langkah kerajaan ini, beberapa pandangan telah diberi oleh negara jiran.

MELAKA, 3 Ogos — Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar, katanya kepada pemberita pada seminar penghayatan Ramadan Al Mubarak di Masjid Al Azim di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat remaja tegar yang terjebak kepada pelacuran dan sukar untuk balik kepada pangkal jalan setelah mengandung anak luar nikah.

“Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan,” kata Mohd Ali. — Bernama


Get this widget

Posted by Tuan Tanah Blog on 3:05 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for �Sekolah Untuk Remaja Hamil : Apa Kata Anda ?�

  1. tidak setuju dengan sekolah mengandung.. http://wandy-infinity.blogspot.com/2010/08/sekolah-mengandung-dan-kahwin-awal.html

Post a Comment

Recent Entries

Recent Comments

free counters

Photo Gallery