Kalendar Hijrah

TERKINI

Sekapur Sirih

Alhamdulillah, bersyukur patik ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya dapat patik merakam sepatah dua kata sebagai renungan kepada pelawat blog budiman. Penengahan blog ini sudah tentulah untuk berkongsi ilmu sedikit yang telah Allah kurniakan kepada patik.

Penerbitan blog sesungguhnya merupakan suatu agenda yang penting dalam menjalin semangat ukhuwah, dan pertukaran minda secara positif selain berupa diari atau arkib minda dan ilmu selaras dengan objektif patik untuk memangkin dalam melahirkan generasi insan yang berinformasi, proaktif, kritis dan kreatif serta menyuntik semangat kaizen dan cinta akan ilmu dan agama.

Cabaran global pada masa kini menuntut iltizam, komitmen dan pengorbanan semua pihak, khususnya para pemikir yang mendambakan masyarakat hadhari. Di sinilah terletaknya peranan sebenar setiap kita di dalam membentuk wahana pembikinan jati diri bangsa Malaysia yang sempurna. Sekiranya kita lemah dan tidak berdaya saing, maka kelemahan itulah menjadi jerat yang akan membinasakan kita.

Keikhlasan dan pengorbanan kita tidak ada kayu pengukur yang mampu menilainya. Namun kecemerlangan dan keluhuran sahsiah masyarakat merupakan ganjaran yang paling berharga. Semoga kita sentiasa menabur bakti untuk pembangunan bangsa, agama dan negara.

Akhir sekali sokongan dan kerjasama semua akan membuahkan hasil yang kita banggakan, insya-Allah.

Sekian, terima kasih.
Get this widget

Posted by Tuan Tanah Blog on 4:44 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Sekapur Sirih�

Post a Comment

Recent Entries

Recent Comments

free counters

Photo Gallery